Wednesday, April 27, 2011

New project/aim

aku ade beberapa mission jangka pendek untuk dilancarkan..

1. Nak berniaga - insyaAllah dlam masa terdekat ni. Berniaga online. Sebab terpengaruh ngan semangat kwn2 rapat yg dah mula berniaga. Yg bestnye, aku akan berniaga sambil membantu org.. Ops bkn MLM k.

2. Nak naikkan berat bdn hadif - ms timbag kat APSH hari tu dia dah susut. 7.5kg saje.. Ishh sian anak ummi.. Strategi nak naikkan berat dia: kasik mkn siang mlm, kasik hadif gembira, mkn ESP. Aim: hadif 1 thn berat 10kg ke atas.

3. Nak kurangkan berat bdn - aim 10kg within 6 months. Hehe nak ambitious sgt pun susah sbb still menyusu bdn lagi kan? Kolestrol pun dah border. Ish ish.. Skang ni nampak ke maintain tapi still berat. Byk lemak kot..

kalo byk2 sgt pun susah gak.. We go slow, one by one. Harap2 bjaya..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadif di Ampang Puteri for 3 nights

Atas permintaan ramai hehe (prasan plak) nak buat quick update. Hadif kena warded last friday till isnin yg lepas.

Reason: not a serious case tapi dada dia ade hissing sound due to prolonged batuk n sesema.. Haha prolonged pun baru sminggu je. Tapi kan suffer tau dia. Nak mkn tak lalu, nak susu rase lemas.. Asik cranky saje. Sebagai ummi aku kesian sgt2 tgk anak mcm tu. So pas abah hadif balik, kami terus p ampang putri.

Kronologi: aku dah expect hadif sure akan kena warded. So aku dah prepare mental n beg2 siap2. Cume nampak abahnye je yg x sangka anak dia kena terpaksa bermalam di wad.. Which mean balik2 umah abahnye pun terpaksala 1st nte di hospital gak..

We request for Dr. Nasir Hassan sbb aku survey2 kat tenet doc ni bagus.. Pagi sabtu dr nasir review hadif he decided that hadif have to undergo chest physiotherapy.

Terkejut mak tgk procedure fisio ni.. Mmg baby2 semua menangis tau.. Sbb mule2 kena tepuk kuat kat area lung utk bagi kahak dlm lung longgar. Pastu sedut plak. Hadif 1st time buat, dia sungguh2 nangis sbb terkejut kot. Cume part sedut tu mmg ngeri weh..

Total pisio: 4 times

Kebaikan fisio: bantu baby kuarkan kahak. In fact kat sana ramai todler gak buat fisio ni sbb diorang x pndai hembus hingus,kahak lgi. Paling kecik aku tgk 3 bulan pun ado. Pastu dia tido lena.. Itu yg kite mahu..

Prevention: tak leh aircond slalu. Kipas pun perlahan. Kena jaga pemakanan hadif, x leh yg sejuk2. Cuaca hujan je msti make sure hadif panas.

Harapan: saya nak anak saya berisi kembali.. And sihat ceria je. Aminnnn Ya Allah, jadikanlah annakku, anak yg soleh, bijaksana, sihat tubuh badan, ceria..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 1, 2011

Nak share recepi makanan baby hari ni. Kebiasaan menu hadif mmg takde labu. Lately kalo buat bubur hdf tak tau la nape dia akan rase loya n termuntah balik. Even faveret bubur ikan bilis dia pun mcm tu. Pening mak.

Hari ni buat bubur ayam tapi letak kentang setengah ketoi, chunks of labu, ayam n bayam. Juga tumis bwg putih ngan marjerin sunflower. No salt ok.

Alhamdulillah hadif dah berselera balik. Rasenye pun sedap. Manis2 gitu. Nxt nak try bubur oat pulak.

Bon apetite!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 30, 2011

Jatuh, kita bangkit semula

Pagi td terbangun lambat. aku kelam kabut nak siap2 n tetibe terdetik kat hati bile tgk pintu bilik utama rapat - ish, hadif ni tdo ke dah jaga? Nanti jatuh plak. Tapi sbb dah lambat aku terus siap2 n few seconds pastu terdengar bunyi berdentum n hadif nanes. Sah, dia terjatuh..

Aku terus jerit2 kat husband soh tgk hadif padahal aku lg dekat ngan blik.. Saspen kan aku?? Sian hadif dahi dia benjol.

Hadoila mcmane leh careless ni ummi abah?? Sian hadif. Ini la kali pertama hadif jatuh. Harap x de ape yg siyes. Hadif plak terkejut tak pernah jatuh.. Pastu dah ok balik.. Hehe

Mulut bebel bebel sebut "abah" "akak" "agha" "akekr"( hahaha suke2 hati je.) Ummi dia x pandai sebut lagi. Bila lapar pandai sebut "nyam nyam".

Camtu la kan bile anak smakin lasak n membesar. Aku takde la rasa bersalah sgt sbb it is a learning process for him n us. Unless kalo luke2 tu, mmg la kena rase guilty. Cume pasni nak pastikan dia betul2 safe. Elakkan perkara2 yg membahayakan hadif.


P/s: bila nak pandai merangkak dif???


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 25, 2011

Touch N Go perchuma

saya shuke.. I liokeee.. Sbb dpat Touch & Go card worth RM350 from hubby. Its actually appreciation token to all staff from Talisman on 34,946 boepd. Syukur alhamdulillah. Talisman, ape kate next token bagi sebijik DSLR. Hahaha

p/s: boepd = barrel oil estimate per day
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 10, 2011

BB is truly a smartphone

Assalamualaikum my readers,

Hehe ku menulis di dalam gelap ni sambil memberi nyonyot kepada hadif. Cehh kate BB smartphone.. Ke aku yg tak smart nak set keypad light bile mlm2 ni? Haiissshhhh

Kalau boleh update blog ikut BB mudah la keje aku. Takde ms nak mengadap PC utk hapdet blog k. Sebab berlari-larian buat tu ini. Skang sambil nyonyot pun leh hapdet blog.. Hoyehhhhh

Thanks to VP buat tuto khas. Still in learning process.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 29, 2011

Pre majlis aqiqah


Quick update

Besok hari aqiqah n cukur jambul hadif :)
Bz dengan preparation right now
Moga2 Allah permudahkan urusan dan licinkan perjalanan majlis
Yg paling penting hadif tak meragam
Coz tomorrow will be his day
Semua yg membaca jemput hadir ye


Thursday, January 27, 2011

Tak boleh lupe

Tak boleh lupekan pasal semalam. Masa tu dah nak dekat pukul 7pm. Balik lewat sebab ade meeting tergempar.. hati dah tak tentu arah bile tgk pkul 6++. Ayoo.. aku nak balik nak jumpe hadif.. rindu sgt...

Bila sampai umah mak, tgk cik na jiran mak tu tgh dukung hadif. Bila nampak ummie dia, terus hadif senyum2 suke. Bdan melonjak-lonjak, tgn mendepang soh ummie dia dukung. Tapi aku msuk umah dulu sebab letak barang dlam umah. Tetibe plak hadif nanes.. Sbb aku tak amek dia.. ala ala... sian plak anak ummie ni.

Aku baru la perasan, anak aku dah besar rupenye. Mean dia dah pandai, nak perhatian, kasih sayang esp dr ummie dia ni. Tersentuh dengan action hadif tu. Sorry syg, ummie bukan x nak amek, ummie nak letak barang jap je...

kdg2 tu balik, tak tanggal tudung trus gomol2 hadif. seronok mengulit anak pas tensen kat opis. Satu hari merindu huhu.

Time tdo skang ni peluk2 hadif aje. Abahnye susah nak peluk dah. Hahaha.. Kitorang tido satu katil. Hadif tgh2. sbb senang aku nak tido kan n susukan dia. Nak plak susu sambil berbaring. Aku peluk hadif, hadif rabe2 aku.. hahahahaha. jgn terhempap hadif dah la ye.

to anak ummie if u read this one day, i want to know that i love u so much. I'm gonna miss every moment being with u :)

mmmwwaahhhh Hadif Abqary

xoxo
ummie