Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Bersemangat lahhh

Dah pun masuk bulan ke3 untuk tahun 2010 ni. Time flies so fast. The Biggest Loser Asia pun dah nak masuk season finale next week. Which i've been following the series from November lepas. My pregnancy stage has entered the 2nd trimester. The 1st trim i went so easily except my food craving & mood swings. Up to date i've gained x.x kg so far.. hahaha rahsia...Baby dah start kicking ummie's tummy & it feels like the butterfly flutter. Seronok sangat layan baby's kick tu.

The financial follows as i plan early this year. Alhamdulillah. After this more project need to be accomplished. I shall keep my mind constantly that there are no easy rewards for those easy taking jobs. Even there is no extra pay for extra hour job, but i believe kerahmatan dari Yang Maha Esa akan mengatasi duit & segalanya.

Semoga ape yang diimpikan tak tersasar daripada landasan & azam digengam satu per satu chewwaahhh.. Go Go Ira :D

p/s: Luahan hati aku supaya terus bersemangat.

Friday, January 1, 2010

Harapan Untuk 2010

Tahun 2009 dah habis dan meninggalkan kenangan yang amat bermakna dalam hidup ini. Seperti tahun-tahun sudah, azam tahun nie utk memperbaiki diri supaya lebih baik dari sebelumnya.

Untuk tahun 2010:

1. kami akan jadi parents. InsyaAllah.. semoga semuanya dipermudahkan Allah.

2. survey2 rumah. Kalau dah ade yang berkenan, terus rembat je la. Target before 30 atau 30 mesti ada umah.

3. bekerja dengan lebih baik & bermutu. Pengalaman yang lepas akan dijadikan pengajaran. SKT tahun 2010 ni memang sangat mencabar tau. Tapi akan ku cube sebaiknye.

semoga tahun ini akan menyinar :)

p/s: azam utk turunkan berat badan? hehe pas bersalin la


Friday, November 20, 2009

Oktober

Saya senang merajuk. Tapi rajuk saya tak lame. Cepat balik cool bila saya pikir at the bright side. Saya sensitif orgnye . Kalo dengan kawan2 rapat atau org2 yang tersayang, saya lagi la kuat sentap. Kadang2 something tu pun tak penting sgt, tapi bila dapat appreciation oleh org sekeliling rase best sgt. Rase sangat dihargai & di'cared'. Ni karekter orang lahir bulan 10 oleh Dr. Fadzilah Kamsah.

OKTOBER
* Suka berbual - kalo tak borak boleh naik giler. Tak kisah la borak merepek pun
* Suka orang yang sayang padanya - Obviously. Life is short. Full it with lots of love
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura - betul!! sebab tu saya tulis entry ni. Sdg merajuk
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan - Kebaikan tapi tak suke dipergunakan.
* Sentiasa berkawan - kawan sgt penting dlm hidup saya. tapi jrg2 dpt kwn sehati sejiwa
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama - dah cakap kan
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri - mmg pun. Look at the different side.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut - mmg clumsy sket hahaha cepat gabra if 1st time
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut - suke kucheng
* Romantik dalam percintaan - so true tapi tak mo la over jiwang
* Mudah terusik hati & cemburu - same je mcm kat atas
* Ambil berat tentang orang lain - haah,i kan sensitif. tp kdg2 tak larat gak nak pk hal org lain.
* Suka kegiatan luar - sgt suke. i like adventure
* orang yang adil - trying tp kdg2 susah gak
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
* Mudah patah semangat

Boleh dikatakan memang betula la kajian tu. Sangat mengena dengan saya. Hmmm masih lagi merajuk. Tapi dah sejuk sikit. Cume kalo tak diperbaiki mane yang perlu rasenye tiap2 bulan la saya merajuk.

Monday, November 2, 2009

"If you can't be good at all, be good to others"

Personally, how u feel when someone buat muke ketat to you? Ada masanya kita akan cakap "Ada aku kesah??!!" bila orang muke ketat tu someone that kita tak chare sgt.. tapi ada masanya timbul plak pertanyaan "Ape salah aku ek?". Ontahla, that's why orang kata jangan baik sgt nanti selisih paham susah.. Ada orang gado2 pastu bertambah mesra, tapi aku ni kalo gado rase liat nak baik balik. Baik pun ala kadar aje.. Huh, depends la.. tapi tak baik masam2 muke ni kan?

Aku tetap pegang to prinsip ni "If you can't be good at all, be good to others". I mean, hey, we cannot pleased everybody. Kalau aku ada buat salah, sorry duhh. Bukanlah manusia namenye kalo tak buat salah. Takpelah, aku terima orang lain pun ada masalah. Takpelah ko nak buat muke ketat. Next aku wat muke ketat jangan la terasa hati pulak.. :)

Baik aku layan MC nie... yeah yeah always be my baby ooooo yeah yeahh..


Saturday, October 31, 2009

Cuci diri & TTC

Tak tahu lah nak kate ape kat diri sendiri lagi. Rasenye dah cube sebaik mungkin. Seriously I've started to feel the pressure, even more pressure. Dulu dah ok, tapi since hasrat tu diluahkan rase sedikit tergugat. Tapi hidup perlu diteruskan, walaupun masih samar-samar harapan tu. Misi aku perlu dicapai sebab itulah caranya aku nak release. Sekarang lebih senang menyendiri, memikirkan ape yang terbaik. It is true "Senyap itu pengubat jiwa". Jiwa aku yang lame sangat memberontak, tak tentu dan tak nampak direction. Masa untuk cuci jiwa & pikiran gak yang dah berkarat ni. Kena wat electrolisis nampaknye...

Friends, something just happen to me. But not to worry, I need my ample time to figure out how to overcome my fear, my kelemahan. I always and wanted to believe that Allah Maha Adil dan Mengetahui.

Wednesday, September 9, 2009

Jangan lafazkan - Please don't say 'IT'

There are 2 main intention writing this entry. 1st, I am the fanatic fan of the Greatest KRU and secondly kisah yang terjadi which relates to the Jangan Lafazkan song. Layan dulu video clip.




Being grown with music since at very young age, saya pernah bercita-cita nak jadi a very famous singer. Hahaha. I bet my voice was so adorable [hahaha - sila jangan muntah. Tapi suara budak tecik mmg best sebab tak pecah lagi].

Been in twice audition/talent time in school & to be glad I won both challenge. The 1st time was the talent time during 4th grade which I sang "When You Tell Me That You Love Me" by Diana Ross. Masa tu ayah la peneman saya ke Oceanic Mall cari kaset untuk berlatih. Berlatih masa nak tido & I tell u what, among the contestant I sang adult song which it may mesmerize the judges to pick me as the winner [duhh perasan lagi leh kan?].

The 2nd was in Form 1, sang "Teratai Layu di Tasik Madu" by Gee. That time was the audition for selecting team of choir. Tapi cita-cita itu terpadam begitu sahaja sebab Uwan [Nenek] saya tak bagi jadi artis. Dia tak goma [suke]. Haha terus lupekan impian tu sebab saya adalah anak yang menurut kata [walaupun di dalam kedegilan].

So ape kena mengena ngan KRU? Tak de pun sebenarnya. KRU was hit with song Mengerti tapi masa tu, saya tak suke. AWAS was the song that made me felt so in love with them. Lepas tu mula la sibuk mengumpul segala majalah, kaset, biography, etc. Majalah tu kena sorok2. Ayah tak bagi beli majalah hiburan. Ada satu masa tu, ayah found out, habis semua keratan2 akhbar, majalah kena bakar. Sedih tau. Sob..Sob... Ayah pk KRU mcm typical artis kat Mesia ni. Tapi diorang lain..

From that moment, saya berazam nak berjaya mcm KRU. KRU is not only talented tapi they all are educated person. Their music is great & outstanding by that time. They were forward from other artist. Siang malam masa study memang lagu KRU la yang menjadi halwa telinga. Dan akhirnya saya berjaya membuktikan pada ayah, minat saya pada KRU bukanlah tin kosong semata-mata. I did very well in PMR & SPM :))

Masa tu madness about KRU was about everything. Semuanya yang saya buat sure akan relate dengan KRU. Hahaha so funny. All that was a very fantastic experience & journey because dah besar ni saya dah tak fanatic artist lagi. Hanya fanatic fan to my only husband. Hehehe.

************************************************************

Now about the story that relates to this song. Saya amat pelik mengapakah kebanyakkan lelaki sanggup melukakan hati orang yang disayangi. Cubaan untuk lari dari masalah dengan mencari kegembiraan yang bersifat sementara di luar bukanlah tindakan yang bijak. Memang diakui kaum lelaki kalau serabut yang amat, lari dari masalah seketika adalah jalan terbaik bagi mereka. Release tension. Tapi yang tak bestnye bila dah terjebak dengan satu lagi masalah lain, padahal masalah sedia ada pun tak settle lagi. Sorry to all guys out there. I know bukan semuanya mcm ni & to my husband too. Im writing this in general don't meant to any specific person ok? It just based on my hearing, observation and experience. To all husband there, if u have a really kind, obedient and loving wife please "Jangan Lafazkan".

Friday, August 14, 2009

6 days to go

Ape yer nak tulis? emmm tak de tajuk khusus tapi terasa nak menulis. Kira macam luahan la nie. Boleh ke?

Puasa dah nak dekat, so ape persediaan kita nak menyambut pose ni? Kalo tanye ramai orang, mostly sedang siapkan persiapan raya kan? Tapi bagaimana persediaan mental & rohani kita sendiri towards coming Ramadhan?



Saya sangat merindui Ramadhan dengan suasananya, pengisiannya dan keberkatan bulan tersebut. Tahun ni masuk tahun ke-2 menyambut Ramadhan & raya bersama suami tercinta. Walaupun kena bangun pagi untuk sediakan sahur untuk suami [which so hard to do masa bujang dlu], skrang dah jadi kekuatan pada diri. Tambah dengan keikhlasan hati insyaAllah segala yang dilakukan untuk suami yang tersayang harapnya mendapat ganjaran.. Suami tak kisah dengan ape jenis lauk sekali pun asalkan nasi panazzz... Pernah dia makan nasi sejuk, kena "marah' kat situ jugak.. Huhu ammpunnn... tak tau pun.. ;p

Ramadhan tiba maknanya, opis mate saya akan bising esp waktu nak balik, "Nak masak ape ek?" hehehe. Mula la melayari website2 resepi & tunjukkan segala macam jenis skill di dapor. Tak ketinggalan, menghampiri 4.30pm semua dah bersedia kemas beg & berpusu ke punch kad.. Hahaha masa tu rase sgt meriah tau!!.. Balik nak masak & nak elakkan jam kat parking lot.

Sebelum kawen, sibuk pergi sana sini buka puasa ngan kawan2. Lepas kawen, rasanya rumah la tempat yang paling seronok sgt nak berbuka juga bila berbuka dengan keluarga. Best sgt rasenye :)

Malam pulak, menjalani ibadah solat terawikh. Masa kat U dlu, kalo pi sorang2 ke surau, mesti jalan sambil menikmati malam ramadhan tu. Terasa lain benar bulan penuh kerahmatan tu. Moga-moga saya masih sempat merasai perasaan tu kembali....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa :)

p/s:6 days to go

Wednesday, June 17, 2009

Spirit Kita Di Mana?



Memang dah sifat semulajadi saya akan cepat rase down tapi saya akan cepat-cepat make things neutral back and make sure me will be more spirited. Saya memang pengemar dan pengumpul quotes yang motivate diri saya. Masa sekolah dulu sangat minat dengan quotes Eleanor Roosevelt. Dikelilingi ayat semangat ini akan membuatkan hati lebih tabah dan tak mudah putus asa dengan setiap cabaran yang datang.

Ayat-ayat di atas tu courtesy from c33ra. Sangat suke dengan ape yang ditulis tu. Biasaya kita tak perasan ape hikmah disebalik sesuatu kejadian. Instead of fikir "kenapa ia terjadi padaku?" "kenapa tak orang lain?" lebih baik kita berkata macam ni "bagaimana nak elakkan dari benda ni nak berlaku kembali?". Hehe itu contoh, pokok pangkal kita kena pikir bagaimana nak solve problem dan create oppotunity dari masalah yang timbul tu. Bukan asyik pikir kenapa, bagaimana leh jadi begitu. Huh..anda paham ke? Paham-pahamkan aje la...

p/s : Sedang bersiap sedia menghadapi satu kemungkinan

Sunday, April 19, 2009

Adakah bertudung = baik ?

INPUT - PROSES - OUTPUT

AQIDAH - IBADAH - AKHLAK

IMAN - HUKUM HAKAM - BAIK ATAU TAK BAIK

Kalau kita sebut dia itu baik dengan alasan dia pakai tudung, ini bermakna kita menganggap bahawa pakai tudung itu output. In other word, kalau pakai tudung, tercapailah maksud beragama dalam dirinya. Betulkah begitu? Sedangkan bagai yang dimomok-momok orang, ramai yang bertudung tapi bergelumang dengan maksiat.

Justeru harus dibetulkan balik…

Pakai tudung bukan output.

Pakai tudung ialah proses.

Proses untuk jadikan orang baik.

Dia baik dengan alasan dia pakai tudung… SALAH

Kalau dia nak baik, dia kena pakai tudung … BETUL

Sebab tudung ialah PROSES untuk baikkan si pemakai.

Tapi…

Macam mana pulak kalau ada orang yang pakai tudung tapi tak jadi baik? Jawabnya, mungkin ada yang tidak betul pada input dan prosesnya.

Pakai tudung dengan asas input ia peraturan sekolah, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input ia nampak lebih berkesan untuk fashionable, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input, takut orang mengata balik umrah dan haji masih tak bertudung..

Maka salah input.

Pakai tudung dengan niat yang betul, tapi pakai tudung yang menarik perhatian orang, harga entah berapa ratus ringgit, pakai dengan penuh gaya tetapi masih nampak tengkuk etc…

Maka salah proses…

Ada pun, orang yang baik tanpa memakai tudung, dia baik pada hablun minannaas. tapi dia tidak endah kepada apa pandangan Allah kepadanya. Apakah Allah Tuhan yang tidak berdisiplin? Suruh manusia pakai tudung, tapi tak apa, kalau tak pakai pun tak apa… err, Subhanallah… Maha Suci Allah dari disifatkan sedemikian rupa.

Wallahu A’lam


P/S: this is one of ustaz hasrizal's comments on his article "Tudung Lawan Tali Leher" http://saifulislam.com/?p=5348

& Thanks to syikin for sharing the good darn info

Sunday, April 12, 2009

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

Quote from Ummu Husna (wife UZAR)

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.


"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.

"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.

"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya.

"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.


SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

p/s : Khas untuk suami ku. Sangat menyentuh hati dan perasaan. Semoga menjadi pedoman di kita :)