Showing posts with label Nature. Show all posts
Showing posts with label Nature. Show all posts

Monday, June 15, 2009

Musim Buah Sudah Tiba

Sekarang ni kiri kanan mesti nampak orang jual durian dengan banyaknya. Tak pun sure terbau durian sama ada dari umah jiran, atau dari mulut orang yang baru makan durian. Hehehe. Durian (lebih senang den panggil "dian") ada banyak kat kampung belah ibu. Atok & uwan memang ada dusun dan yang paling best kat umah atok sendiri pun pokok dian dah melambak. Bukan stakat pokok dia aje atok ada, rambutan, manggis, langsat, papaya eheh pun ada.

Kenangan masa dlu2 tentang dian ni, bersama Angah, Wie, Ba
bang gi Dusun & menunggu dian jatuh.. wah memang syok masa tu. Dulu ada pondok nak duduk masa menunggu buah dian jatuh. Kalo tak cedera parah la weiii...

Weekend yang lepas, dengan excitednya balik kampung kat U.S.A hehe Ulu Sepri Area okeyyy yang pertama of coz sebab nak nengok atuk uwan tercayang, kucheng2 yang debab lagi manja & makan dian... mari layan gambar pulak.








Monday, June 1, 2009

My Vaction to KK : Last Part

Huhu penat tulis2 tadi tetibe hilang plak... so layan gambar aje la.. sape nak pakej perkhidmatan tourism ke KK leh hubungi saya :) hehehe


Best snorkeling


Our Last sunset in KK


Ni la Marina Court Resort Condo



:) Sodap makan kat sini

Tuesday, May 26, 2009

My Vacation to KK : Part 2 (13 May 09)

Bangun seawal 5 pagi untuk solat dan seterusnya acara yang dinantikan iaitu menghirup secangkir kopi RGC sambil menikmati sunrise di depan kabin. Tersangat la cantik menatap keindahan Mt. Kinabalu dengan suasana yang sejuk & dingin. Selepas breakfast & sebelum check out of coz photo gedix dulu. Best place in my life i've ever been. I felt in love so much to this Mount. [Mari ayang kita daki beramai-ramai. Sape nak join saya?] :))





Saje tempel gambar ini sekali lagi hikss


Gambar lompat2 yang tak jadi..



Destinasi seterusnya adalah ke Poring Hot Spring, Ranau. 20km away from our stay. Matlamat utama adalah untuk menggayatkan diri di Canopy Walkway. Kat sini mcm2 aktiviti boleh buat, mandi air panas, lawat taman rama-rama, jambatan kanopi, mandi air terjun, masuk gua. Sape nak adventure leh la mendaki sampai ke air terjun tu (3km ++). Mendaki bukit nak ke kanopi pun gue dah semput. Tak sangka lak cabaran sebelum dapat menikmati perasaan gayat tapi tenang tu :)


I left my heart there


Sila pilih menu anda


Jambatan gantung mmg banyak kat sabah


Saya gayat. Nak tau, pemijak tu daripada tangga yang diletakkan kayu.
Not more than 6 person is allowed to walk at the same time okay
Nanti resonans leh runtuh semua (Huhu)



Untuk sape2 yang ada banyak masa leh ke Sabah Tea lebih kurang 11km saja dari entrance ke Poring. Sabah Tea sendiri pun ada buat tourism package. Sesiapa yang suka keindahan alam, digalakkan datang ke sana. Saya nak tapi tak sempat.. Patah balik ke kundasang sebab nak balik KK city dah. Otw tu ke Kinabalu Park. Tempat ini adalah pelepasan pendakian ke Low's peak. One of the route to puncak gunung. Satahu saya ada banyak cara nak kesana. Kat area kinabalu park tu pun ada. Nama dia via ferrata. (Kalo salah sila betulkan ye, tak sempat nak study).

Sesampai di bawah, jumpeMurni ex course mate saya masa kat UTM. She's now lecturer kat UMS. Amek peluang nak jumpe kawan sambil soh dia bawak kitorang round2 UMS yang cantik tu. My fren said, kat Fakulti Perikanan UMS ada Muzium Ikan ala2 Aquaria KLCC. Tapi tutup la plak. Skang time student coti ler kawan2. Sesiapa berkesempatan, masuk aje UMS tu. Buat2 mcm muke student hihihi. Murni bawak ke Pantai ODEC. Sangat menenangkan. Rase tak sabar nak snorkeling la plak esok. Thanks so much Murni :) . Next ke Observatory Tower @ Signal Hill tengok2 city KK. Husband cakap dlu tak byk bangunan in construction, so that can see staright away to the ocean.



Our stay for the next 2 days is at Marina Court Resort Condominium. Suggest untuk nak bawa famly kat condo ni senang. Ada 3 bilik, kitchen yang complete ngan utensils, senang nak masak2. Leh refer internet for special internet rates. Highly recommended untuk amek sea view, biar pun mahal sket aje. Janji pueh hati!! Malam makan di pasar malam located nearby filipino market (yg hanya buka 9am-5pm saja). Susah gak nak makan kat sini sebab tak tau nak makan ape. Seafood yang ada semua dibakar shj. Kena pandai tawar & survey2. Tapi mcm mahal sket la. Hmm takpe la janji konyang & tido untuk mengumpul tenaga kerana esok2 pagi mahu menyelam2 bersama ikan :)))

Sunday, May 24, 2009

My vacation to KK : Part 1 (12 May 09)

Just get picture from my cousin.. Kamera olympus ku itu mcm kena ganti yang baru aje.. DSLR ke...[ayang, nak hadiah besday]..Kami pergi ber4, 2 couple. both takde handbeg lagi hehehe..

Flight scheduled o65o hrs by AA tapi sape ntah yang dah cek in tak naik plak plane. terpaksa la kitorang tunggu almost 1 hour nak keluarkan balik luggage mereka-mereka itu. Hadoiii dah la excited nie tak sabar pi KK. Perjalanan mengambil masa 2hrs 20 mins. Emm letih gak la makcik ni. Bukan suke dok lame2 mcm tu. Nak tido tak leh plak, excited... Sampai KK about 10am.. 1st impression dari atas plane, eh KK ni tak la lawa mana pun. byk umah2 kampung tepi pantai.. umah atas pantai...We all pun tunggu keta sewa by Azfan.. yang i sewa last minit kat internet. Memandangkan kitorang ni ber4 aje, pk naik kancil pun ok kot. Tapi sib pk balik kazen aku yang sorang tu luggage dia punye la besau mcm nak dok KK sebulan... hahaha

1st lokasi kami adalah MAKAN... tapi punye la blur jalan kat KK ni. even dah ada map, maklumlah 1st timer sumenye. Akhirnye kami sampai makan kat Api-Api Centre.. baru la tau stay kami nnt masa kat KK esok kat area ni aje. So far, makan kat KK senang. Banyak masakan melayu & quite affordable la harga dia. tak la terlalu mahal mcm yang aku imagine. Pas makan dengan kenyang sempat la singgah ke klinik jap. Ops saya ada masalah masa tu...

Lokasi pertama percutian adalah ke Kundasang. En. suami yang drive.. sib ada Garmin dalam Express Music 5800 dia tu.. moga perjalanan kami insyaAllah akan tiba ke destinasi hendaknya... Nak ke Kundasang akan lalu Masjid Likas (masjid terapung tepi laut).. sangat cantik masjid tue... Pastu ke Inanam > Menggatal > Telipok > Tamparuli.... Sempat la singgah ke Jambatan Tamparuli yang mmg leh nampak dari main road. Excited plak en. suami saya. Turun2 amek gambar...







Nama pun nak ke Gunung kan, of coz la kena mendaki. Myvi yang kitorang sewa tu ok, cume kureng power sket aje. Takpe la yang penting, keta tak de masalah & kami selamat sampai & pulang. Otw ke sana, hujan, so jalan pun kabus2. tapi tak la teruk sgt. Certain2 area aje berkabus tebal. Tetiba ternampak gunung. Ya Allah, cantiknye... ada waterfall lagi... agak jakun la kami semua dalam keta. Dah rase sejuk2 time tu.. Sepanjang perajalanan, my fren ada mention akan jumpe Pekan Nabalu. Kat sana we all berhenti jap, minum2 & jalan2 kat area pekan tu. Hidup gak pekan dia sebab ada jual barangan kraftangan. Mcm2 ada.. Kat situ dah nampak dengan jelas gunung kinabalu. Wahhh tak sabarnye.. lagi 15 minit perjalanan, sampai la kat stay kami utk malam tu.





Sampai kat Kinabalu Pine Resort around 4 pm mcm tu. Sangat jelas la pemandangan Gunung Kinabalu dari blok kami. Sangat best.. Rehat2 & then makan malam pkul 6. Not bad masakan kat resort nie. Style ala carte. Sedap. Malam tak aktiviti ape sangat melainkan...... hehehe

..... TBC....

Thursday, May 21, 2009

My vacation to KK : Prelim story to Pine Resort, Kundasang




Complete pixs tak de kat tangan ira. Tapi saja nak bikin hati orang2 yang nak ke KK 'panas'. Haha sowi kak Zubye & Farra.




All pixs taken from Kinabalu Pine Resort

Tapi Kundasang is very the mind-calming place. I'll never forgot how cool, peaceful, serene it is to be there. Bila terpandang puncak Mt. Kinabalu tu, sangat terasa dah jumpe kedamaian dalam hati. Betapa Maha Besar Kuasa Allah & cantiknya ciptaanNya. Sambil berazam akan mendaki puncak tu nanti sebelum menutup mata. InsyaAllah...





Yes, so true SABAH memang Land Below The Sky. Sebab ada ketika & masa ira berada tinggi dari awan-awan di sana.




Pemandangan dari Blok S (my stay)



Pukul 6.20 masa nie. Pagi yang sangat menyegarkan.


This is the prelimenary post of my honeymoon trip to KK. [sebab itu saya senyap aje kawan-kawan ;p]




Petang tu kami sampai, tak berkabus. Biasa time2 ni mmg kabus tebal.
Musim panas agaknya. Tapi still dingin lagi :)




Had dinner at the The Pine Cafe & facing the Mount.




As i saw in the resort's website. Truly beautiful.



Monday, March 23, 2009

Support Earth Hour 2009



I support the Earth Hour Campaign to fight against the global warming happening in the beautiful world we live in. It's just simple as switching your lights off (lampu aje, tv leh bukak kan? hehehe) for an hour at local time 08.30pm on 28th March 2009. Lets Malaysian SAVE OUR EARTH.

Thursday, January 29, 2009

Ketenangan jiwa





Those 2 pics above really makes me calm. The last trip memang banyak habiskan masa dengan ayang. I mean cuti2 mesia la di kala orang lain sibuk kerja. 1stly Genting, then fishing trip and lastly Ipoh trip. Cume fishing trip je tak sempat nak story. Syg plak tak story sebab dah snap gambar kan?

Date : 18 Jan 09
Venue : Salah satu kolam area LCCT

Kehadiran : Lovings kapel (Along uji & Along Engku) + (Apiz & Ira)


Sneek peak

Hasilnya bukan ikan tetapi adalah sunburn. Pas balik dari Genting yg sejuk tu (pipi pun blushing aje sebab kering) terus kena bahang panas kat kolam (even ada pokok kelapa tempat teduh). Habis muke ku & hubby. Semua menggelupas. Ikan semua catch & release sebab semua masih muda belia lagi. Nak makan pun kesian.


Ikan Talapia kot lupe dah

To all fishing lovers out there, bulan depan on 19th Feb ada open fishing contest kat tasik putrajaya (which tasik i'll inform). Me & husband thinking of join the contest & will ajak his Blood Crew team..

Sunday, November 23, 2008

Aktiviti di hujung-hujung minggu ini

Lame betol tak update blog pasal aktiviti minggu nie. Actually memang bz this week and also next week. Rase nak escape je 2 minggu ni.

Me amek exam PTK last Thursday & Friday. Exam hari khamis tak pi sebab terlalu penat buat monitoring IAQ kat Perpustaakan Negara the day before. Hahaha mane sempat nak bace2..last2 kol 9 pagi tu masih lagi bergolek atas katil ngan hubby and buat suare malas "Ayang, sayang tak nak la pi exam, tak sempat bace ape pun". hehehe ape lagi sambung la tido..Bangun masak, pastu baru study.. dapat la coti free.. nasib la dalam slip saye tertulis nanti "TIDAK HADIR". Tak pe next year leh amek and promise to myself untuk score yang terbaik..

Jumaat pagi plak exam khusus, i manage to answer in 1.5 hours time.. alhamdulillah, leh la jawab. tapi tak sure la mcmane.. kalo tak ok, tahun depan ada.. tapi next time memang nak amek coti panjang nak stadi..i don't care ada ape ke, kena score tahun depan. Malam plak pi la tengok Madagascar..keh keh keh kih kih kih .. tergelak aje saye n hubby.. seriously recommended. Paling suke mase penguins cakap "Thank you for choosing Penguins Airways". Sib ayang pi balik keje tak naik plane tu... pastu ajak la hubby pi karaoke dekat2 situ gak. Amek 6 lagu aje = RM9 bila nak tambah hubby kate "Cukop sayang, meh balik". Ala....

Saturday smalam hubby aket tinge.. ingatkan kena masuk kumbang ke, ulat ke, rupenye kena infection.. Sian ayang, tapi pas letak ubat titik tu dah ok kurang sket. Dah alang2 keluar p klinik kat Presint 9, terus la pi jenjalan. Serious tak tau nak pi jalan mane, tapi hubby yang bijak pandai ajak pi KL Bird Park. Wahh..tak sangka tempat dia best sebenarnye. my hubby appreciate more tempat mcm nie rather than shopping complex ke, tempat happening ke.. kalo ajak pi zoo pun dia lagi suke dari ajak dia pi karaoke. hehehe...okla, sambil citer2 kiter tengok gambo yer...


Sempat lagi tu nak manje ngan ayang dalam hutan.. hehehe











The showing-off Miss Peafowl.. memang mesra alam kat sini sebab birds are all around you... leh main kejar kejar lagi...











Kat sini ada pelican beso & flamingo si kaki kurus



Hehehe poyo plaks...


Encik Bangau (ye kot) pun nak jalan mcm tourist gak.. Klako betol, jenjalan amek angin


(p/s: Lets appreciate the nature around us. Rupenye KL ni ada gak tempat tenang mcm ni)