Monday, December 28, 2009

Si comei buah hati kami dah tiba :)


Syukur alhamdulillah selepas menanti hampir 2 tahun, akhirnya berita gembira muncul sebelum 2009 melabuhkan tirainya.. Skema plak ayatku... hehehe. Maknanya akan tercapai lah hasrat dan azam untuk cuti bersalin cume tahunnya lain la. Kalau ada rezeki insyaAllah sebelum puasa 2010, status akan bertukar > Jadi Ummi plak. Ummi dan Abah :)

Syukur tak terhingga, yelah, dalam sebuah perkahwinan, kehadiran cahaya mata adalah satu rahmat & anugerah yang paling berharga. Sapa yang tak nak anak kan? Lebih-lebih lagi seorang wanita pasti nak rase perasaan mengandung tu.

Selama 2 tahun, macam-macam ikhtiar dan usaha dah kami cube. Macam-macam onar jugak kami dengar, tapi pekakkan telinga. Geram bila orang soalkan "Bilo laei? Jangan lamo-lamo. Nanti ko dah tuo susah yang tak de orang jago." Huhu sedey tapi semua tu rezeki yang Allah nak tetapkan, jadi bersabar aje lah dan terus berdoa.

Thanks so much kepada family dan kawan-kawan yang memahami dan selalu mendoakan saya. Masa birthday Okt yang lepas, ramai sgt wish cepat2 dapat baby. Syukur, sebulan lepas tu doa-doa itu termakbul. Alhamdulillah..

Kepada rakan-rakan yang masih menanti si comei dalam hidup, banyakkan bersabar dan berusaha yer. Jangan putus asa sebab si comei itu adalah d best of d best in ourselves. So usahanya pun mestilah yang terbaik kan? Kawan-kawan yang dah ada suri hati dalam rumah tangga mereka, semoga kalian bahagia & dapat membesarkan mereka dengan corak yang berwarna-warni.

InsyaAllah, blog ni akan bertukar jadi blog motherhood plak la pasnie. Rase nak share ngan kawan-kawan ape ikhtiar untuk dapatkan baby nie. Tapi ada sape-sape nak tau ke? :p


Tuesday, December 8, 2009

Kisah sang suami & doktor

Sang suami pergi menemui si doktor kerana ayik bersin tak berenti sejak semalam. Bila si doktor mengukur suhu sang suami;

Doktor : " Awak demam.."
Suami : " Hah? Saya demam?"
Doktor : "Ye, awak demam..."
Suami : "Ohhh... saya demam.."

Si doktor memandang muke pesakitnye itu dengan pelik. Hehehehe

p/s: Suami demam, saya sibuk menambah berat bdn.

p/p/s : I love u ayang. Get well soon ya..