Showing posts with label Hadif Abqary. Show all posts
Showing posts with label Hadif Abqary. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

Maxi Cosi Si Tobi

Alhamdulillah... akhirnya dapat juge idaman hati ummi ni. Setelah survey2 beberapa bulan, terfikir-fikir apa yg ok, dapatlah Hadif a new car seat. From 2months ++ untill 1 year 3 months ++ Hadif dok guna Sweet Cherry infnat car seat. Thanks SC sebab berjasa pada Hadif, ummi n abah. Dah tiba masa hadif get a new comfy car seat since hadif pun dah toddler skang not an infant :D

Ummi beli Maxi Cosi Tobi ngan Auntie yan . Yes it is a preloved item. Nak beli baru harga almost RM1200-1600. Owh ummi tak mampu la nak. Yang preloved ni pun is in immaculate condition lagi. Tak de faded area, tak koyak but ada sket scratch je. lgpun function n comfortableness tobi ni memang tak perlu nak pertikai lagi. In fact ms tgk tobi ni hadif duduk2 dlm seat tu nampak selesa je. Tgk la pix dia bwh tu. Biasa kalau dok car seat SC nampak tak selesa. Yg ni steady je Hadif kite. Plus dia boleh tgk pemandangan kat luar. Leh la layan blues. Ummi pun senang hati nak bwk kete.

Macam tobi ni senang nak put in and take out or child sebab harness dia specially design. Meh tgk apa kelebihan Cik Tobi.

Playing 'I spy' is a lot more fun when your child can actually see out the car window. From its high position in the Maxi-Cosi Tobi car seat, your toddler has a great view of what happens inside and outside the car. And when it is time for a nap, the Tobi car seat easily reclines to a comfortable sleeping position.
  • The Tobi is solidly fitted in the car using the seat belt and belt tensioning system
  • Innovative easy-out harness; the harness belts and belt buckle no longer get in the way
  • Colour indicator to confirm proper installation of child (it turns green when it is buckled properly) 
  • Easy adjustment of the headrest and harness belts at front of product with one hand 
  • Supreme safety performance due to harness locks 
  • Spring operated handle for changing from sit to real sleeping position (5 positions) 
  • Lengthen the harness with one hand (no need to push a button) 
  • Intuitive and easy to read belt routing 
  • Height adjustment of headrest from the front even when child is in seat (7 positions) 
  • Optimised side- and frontal impact safety concept 
  • High seating: child can watch outside window 
  • Easy to install with a 3-point safety belt


Masa berjumpa ngan kak yan dia byk tekankan bahawa child safety is very very crucial. She just flash back few accident cases in England (kak yan baru balik dr UK) kete terbalik and the baby tercampak, but the baby masih duduk terletak dalam car seat with some minor injury. Hohoho bayangkan kalau tak de car seat? Lagi satu pengajaran untuk ummi, ummi kena bertegas hadif kena duduk dalam car seat walau nak berjalan2 dalam taman n bwk slow je. Walau hadif melalak meraung tak nak, big NO NO nak keluarkan hadif.  So dari skang ummi akan cakap ngan hadif, car seat is for your own safety. Nak plak mak kamu ni bwk kete laju.. (insaf jap)

Hadif breakfast in the car
Ada few tips kak yan bagi. Kalau in long journey:
  • Never gives ur kids with beverages, food high content of MSG and sugar. It only make ur child become hyperactive and tak tenang dok dalam car seat.
  • Before journey, ask him to pick up his favorite toys. Only 2. pas tu buat la main 2 ms dlm car seat.
A very good tips!! Kalau beli kat kedai, agak2 ada ke salesperson nak bg awareness and tips mcm ni? Hado ke? Well, seronok jadi parents ni kan? mcm2 to treasure with our own kids. and i have to admit still in the learning process. Hopefully anak ke 2 nanti makin improve la (bila la tukan?)


Kesimpulannya: Belilah car seat yang betul2 berkualiti utk anak2 (ikut kemampuan). the outcome dpt memandu dengan senang hati. Seriously!!

Kisah warded & pneumonia

Salam semua... hadif baru je pas kuar wad. Dah masuk wad 31 Okt - 2 Nov 2011 yang lepas due to batuk yang tak reda-reda. Mcm biasa Ummi punye rule kalau within 3-4 days tak nampak ada perubahan, ke hospital lah kita. Ke Hospital Ampang Puteri mcm hadif masuk wad ms 10 bulan dlu and jumpe Dr. Nassir  yang smart tuh. Masa tu abah kerja, so ummi ngan tok la yang ke sana & ummi dah ready pack baju2 sbb tau mmg kena masuk wad. Kat sana Hadif buat rawatan fisioterapi & bg nebulizer. SO far so good. Lendir2 dia cair maybe sbb tak miss bagi ubat cair kahak tu. Alhamdulillah hadif keluar wad hari rabu & kami 3 hari je di sana. 

tup tup pas kuar spital, dia dapat selesema plak. ahh sudahh.. orang kuar spital makin baik, tapi hadif sebaliknya. tapi takpe, continue makan ubat sampaila raja haji. then demam panas plak.. suhu main kat 39, 40 wei.. sapa tak risau.. dah bg ubat mkn, ubat bontot pun x jalan gak.. so kite ke spital lagi (8 - 13 Nov) & mmg dah ready all the bajus as well. we know this time mesti lagi lama warded. mujur abah hadif dah balik & boleh ummi take turn. 

dah masuk wad demam hadif naik turun, kalau tgk graph mcm banjaran gunung. naik turun naik turun.. sama gak bg ubat bontot pun demam tak leh nak kebah sepenuhnya. Patutnya hadif kena drip water, tapi uratnye halus sgt, sampai cari kat kaki pun x jumpa. Akhirnya doc Nassir yang dpt cari vein hadif tapi kat kaki kanan. Ohh sian hadif kena cucuk2.. tapi kalau tak masuk drip tak kebah la nak demam. minum makan pun x mau. mmg drip la solutionnya. admission kali ni hadif kena amek x-ray. doc nak tgk sama ada hadif dah ada jangkitan yang teruk atau apa. alhamdulillah, tak teruk. hadif diagnose as bronchitis aje. it may lead to pneumonia kalau dibiarkan. 

Ni nak share article dalam BH pasal pneumonia.
____________________________________________


Pneumonia pembunuh tidak dijangka

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2011/11/15

Ragut satu nyawa si kecil setiap 20 saat

SATU angka yang besar dan memang menakutkan, menjadikannya sebagai pembunuh nombor satu di dunia, bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun, sekali gus melebihi kematian disebabkan AIDS, malaria dan batuk kering (TB).

Bermula dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan, pembunuh yang bebas berkeliaran itu pantas membunuh mangsa kerana ia ia bertindak secara perlahan, malah tidak dijangka.
Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) yang juga Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata secara umumnya empat daripada lima ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui tanda bahaya penyakit pneumonia atau juga dikenali sebagai radang paru-paru. 

Ramai menyangka ia adalah penyakit biasa seperti selsema dan boleh dirawat dengan ubat batuk serta demam yang dibeli di farmasi. Apabila keadaan tidak bertambah baik, baru mereka mendapatkan rawatan daripada doktor. 

Kanak-kanak menghidap pneumonia selalunya dikesan pada peringkat yang sudah parah. Gejala dan tanda pneumonia boleh berbeza dan ini banyak dipengaruhi oleh kuman yang menjangkiti. Ditambah lagi dengan keadaan si kecil itu sendiri, sama ada mempunyai latar penyakit seperti AIDS/HIV, penyakit jantung dan asma.

“Pneumonia sering bermula dengan demam, batuk dan selsema yang dianggap ‘biasa’ sama ada oleh ibu bapa, penjaga dan juga doktor yang tidak menganggapnya sebagai suatu serius. Tanda yang mungkin nampak serius dan menjadi amaran kepada ibu bapa, penjaga dan juga doktor bahawa ia adalah pneumonia, apabila kadar pernafasan si anak laju atau dadanya berombak. Tanda yang menunjukkan ia bertambah teruk apabila diikuti demam tinggi menggigil, peluh berlebihan, sakit dada bila bernafas, lemah serta letih,” katanya. Sayangnya, data menunjukkan empat daripada lima kanak-kanak yang menghidap penyakit pneumonia tidak mendapat rawatan sewajarnya, iaitu tidak diberikan antibiotik. 
Berkongsi pengalaman, Dr Musa berkata, beliau pernah berhadapan kes seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menghidapi batuk selama tiga minggu diikuti demam suhu tinggi selama enam hari. Malangnya pengambilan antiobiotik tidak mampu mengatasi masalah itu. Apabila dirujuk kepada doktor dan melalui imbasan, pneumonia di kesan di keseluruhan paru-paru sebelah kanan.

“Cecair dan beberapa bahagian paru-paru sudah rosak dan menerusi ujian, cecair diambil daripada paru-paru kanak-kanak itu penuh dengan kuman pneumikokkus. Komplikasi dialami si kecil memerlukan bantuan alat pernafasan selama lima hari; bekalan oksigen selama 10 hari, tetapi malangnya kerosakan sudah pun berlaku pada bahagian paru-paru kanan. Kesudahannya, kanak-kanak itu menjalani rawatan selama sebulan di hospital,” katanya.

Pada 2008, dianggarkan seramai 8.8 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia, meninggal dunia. Seorang daripada lima kematian itu disebabkan oleh pneumonia atau dengan kata lain, seramai 1.5 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia. Kematian lain berpunca daripada malaria, TB, HIV/AIDS. 

Di Malaysia, pneumonia di kalangan kanak-kanak bawah lima tahun adalah penyebab kelima kematian dengan empat peratus kematian selain antara 28 peratus dan 40 peratus kemasukan ke hospital. Di Indonesia, 145 hingga 300 kes pneumonia dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk manakala di Filipina, sebanyak 5,000 kes pneumonia per 100,000 penduduk dicatatkan.

Pneumonia tidak popular seperti denggi yang kerap kelihatan iklannya di media massa. Dr Musa mengakui pandangan itu. Sambil mengambil denggi sebagai contoh penyakit popular, apabila kerap mendapat liputan yang tinggi di akhbar dan media, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) turut mengakui bahawa fenomena ini suatu perkara sejagat. 

Malah, pihak terbabit sudah pun mengeluarkan suatu dokumen bertajuk ‘Pneumonia the Forgotten Killer of Children’ atau ‘Pneumonia Pembunuh Kanak-Kanak Yang Dilupakan’ bertujuan mengalih tumpuan dunia pada ‘pembunuh’ si kecil yang bukan saja dilupakan, tetapi tidak diambil berat oleh warga dunia.

Pneumonia boleh diselamatkan menerusi pengambilan vaksin dan ia bukan sesuatu yang mustahil dijadikan ‘wajib’ dalam imunisasi kebangsaan seperti vaksin kanser servik ,yang baru-baru ini diwajibkan untuk remaja perempuan.

Kuman pneumonia yang paling teruk iaitu kuman pneumikokkus mengakibatkan sebanyak 800,000 kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun. Vaksin pneumokokkal ada di Malaysia sejak 2005. Terdapat dua vaksin pneumokokkal daripada pembuat vaksin tetapi ia masih lagi belum dijadualkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) Kementerian Kesihatan.

Pada masa ini, kata Dr Musa, vaksin itu hanya boleh didapati di hospital swasta atau klinik pakar kanak-kanak swasta. Sebanyak 55 buah negara sudah pun memasukkannya ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan, termasuk Singapura, Macau, Hong Kong, Australia dan New Zealand. 

Katanya, Persatuan Pediatrik Malaysia sejak 2005 berjuang mengerah Kementerian Kesihatan berbuat sedemikian. 

“Dengan kesedaran mengenai bahaya pneumonia, orang ramai terutama kumpulan sokongan kanak-kanak, dapat memberi tekanan kepada kerajaan bagi memastikan vaksin pneumocokkal dijadikan keutamaan serta dimasukkan dalam jadual Kementerian Kesihatan demi kesihatan anak-anak kita,” katanya.

Selain kuman pneumikokkus, jelas Dr Musa, pneumonia juga boleh disebabkan kuman campak, batuk kokol, hemofilus influenza B dan virus influenza H1N1. Tetapi, ketika ini, hanya tiga penyakit atau kuman iaitu batuk kokol, campak dan hemofilus influenza B tersenarai dalam jadual Kementerian Kesihatan sejak 1960, 1982 serta 2002. 

Virus Influenza - H1N1 dan influenza A & B mendapat liputan besar apabila berlaku pandemik H1N1 pada 2009. Vaksinnya tidak tersenarai dalam jadual kementerian tetapi boleh didapati di klinik dan hospital swasta.

Kerjasama tangani pneumonia

PFIZER (Malaysia) Sdn Bhd dengan sokongan Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP), Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan laman web www.abc4pneumococcal.com bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit pneumokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit ini boleh dicegah menerusi imunisasi, di ibu kota, baru-baru ini.

Pengurus Negara Pfizer bagi Malaysia dan Brunei, Angel Choi, berkata vaksin konjugat pneumokokus pertama diperkenalkan pada 2000 di Amerika Syarikat untuk memberikan perlindungan daripada tujuh serotaip pneumokukus yang paling umum. 

“Kemajuan dalam bidang penyelidikan pneumokokus membolehkan kita memberikan perlindungan daripada 13 strain bakteria pneumokokus yang utama. Menyedari hakikat ini, lebih 50 negara memasukkan Vaksin Konjugat Pneumokokus (PCV) dalam Program Imunisasi Kebangsaan masing-masing, termasuk Hong Kong, Singapura dan Macau,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Dr Musa sertadan Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO), yang juga bapa kepada anak penghidap pneumokokal, Bruce Langoulant.

Pada majlis itu, Dr Musa turut menyeru Pfizer supaya menurunkan kos suntikan vaksin kerana kos yang lebih rendah membolehkan ia dimasukkan dalam program imunisasi negara. 

Vaksin itu, katanya, perlu dilakukan sebanyak tiga dos dengan harga kira-kira RM600-RM750 untuk seorang kanak-kanak. Difahamkan di Afrika, vaksin sama diperoleh pada harga amat rendah iaitu hanya kira-kira USD7 (RM22.05) bagi satu dos.


INFO:

* Sebanyak 98 peratus daripada semua kematian kanak-kanak membabitkan pneumonia berlaku di negara membangun.
* Pneumonia boleh dicegah. Lebih sejuta nyawa kanak-kanak boleh diselamatkan menerusi penggunaan vaksin dan antibiotik, mengurangkan pencemaran udara dalaman dan melalui penyusuan susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama hidup.


APA 
* Pneumonia adalah jangkitan paru-paru, menyebabkan batuk dan demam yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Radang paru-paru yang teruk boleh membawa maut.



SIAPA

* Di negara membangun, kanak-kanak di bawah usia lima tahun, terutama bawah dua tahun dan miskin, 
berisiko menghidap penyakit ini.
* Warga tua juga turut berisiko.
* Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi kerana mereka menghidapi penyakit lain seperti HIV/AIDS. 
* Pesakit HIV lebih berisiko tinggi dan berkemungkinan mati akibat pneumonia. 
* Kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi, sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.


PENYEBAB

*Kebanyakan organisma boleh menyebabkan pneumonia.

*Di peringkat global, bakteria seperti Hib dan pneumokokkus adalah dianggarkan untuk menyebabkan lebih daripada 50 peratus kematian akibat radang paru-paru di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Virus dan kulat juga boleh menyebabkan pneumonia.



DIAGNOSIS

* Ia boleh dikesan oleh tanda seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas atau bernafas cepat atau berombak-ombak.

* Menerusi imbasan dada menggunakan sinar-X dan ujian makmal. Namun, alat ini selalunya tidak ada di negara membangun, terutamanya di luar bandar yang terpencil menjadikan sukar mengenal pasti dan merawat penyakit ini.



PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Ia boleh dicegah dengan vaksin Hib dan pneumokokus. 
* Jangkitan campak dan pertusis (batuk kokol) juga boleh menyebabkan komplikasi pneumonia. Oleh itu, 
vaksin untuk penyakit ini boleh mencegah sesetengah kes pneumonia.
* Tingkatkan kadar susuan eksklusif selama enam bulan.
* Kurangkan asap daripada rokok dan tempat memasak.
* Tingkatkan tahap nutrisi anak.
* Sentiasa basuh tangan dan ajar anak berbuat demikian.


______________________________________________________

So, untuk pencegahan, ibu2 & bapa2 yang berkemampuan apa salahnya dapatkan suntikan tambahan Pneumococal yg ada di klinik & hosp swasta. Memang skali amek mahai weii tapi kalau dibandingkan dengan kos rawatan, masa, tenaga yang dilaburkan bila anak masuk spital, lagi baloi kita ambil pencehagan awal. 

lagi satu, kalau nampak anak batuk2 teruk, susah nak bernafas, pergi ke pakar kanak2 utk rawatan selanjutmya. Anak sihat, ibu bapa gembira, rumah pun ceria :)

Saturday, January 29, 2011

Pre majlis aqiqah


Quick update

Besok hari aqiqah n cukur jambul hadif :)
Bz dengan preparation right now
Moga2 Allah permudahkan urusan dan licinkan perjalanan majlis
Yg paling penting hadif tak meragam
Coz tomorrow will be his day
Semua yg membaca jemput hadir ye


Thursday, January 27, 2011

Tak boleh lupe

Tak boleh lupekan pasal semalam. Masa tu dah nak dekat pukul 7pm. Balik lewat sebab ade meeting tergempar.. hati dah tak tentu arah bile tgk pkul 6++. Ayoo.. aku nak balik nak jumpe hadif.. rindu sgt...

Bila sampai umah mak, tgk cik na jiran mak tu tgh dukung hadif. Bila nampak ummie dia, terus hadif senyum2 suke. Bdan melonjak-lonjak, tgn mendepang soh ummie dia dukung. Tapi aku msuk umah dulu sebab letak barang dlam umah. Tetibe plak hadif nanes.. Sbb aku tak amek dia.. ala ala... sian plak anak ummie ni.

Aku baru la perasan, anak aku dah besar rupenye. Mean dia dah pandai, nak perhatian, kasih sayang esp dr ummie dia ni. Tersentuh dengan action hadif tu. Sorry syg, ummie bukan x nak amek, ummie nak letak barang jap je...

kdg2 tu balik, tak tanggal tudung trus gomol2 hadif. seronok mengulit anak pas tensen kat opis. Satu hari merindu huhu.

Time tdo skang ni peluk2 hadif aje. Abahnye susah nak peluk dah. Hahaha.. Kitorang tido satu katil. Hadif tgh2. sbb senang aku nak tido kan n susukan dia. Nak plak susu sambil berbaring. Aku peluk hadif, hadif rabe2 aku.. hahahahaha. jgn terhempap hadif dah la ye.

to anak ummie if u read this one day, i want to know that i love u so much. I'm gonna miss every moment being with u :)

mmmwwaahhhh Hadif Abqary

xoxo
ummie

Tuesday, October 19, 2010

Twinkle twinkle little star


Hari ni 1st day masuk opis lepas confinement holiday.. takde la uat keje sgt just clear inbox emel, surat2 & tgk2 planning balik. ade 2 bulan je nak kejar SKT, kalau tak sure aku kena zaasss ngan BOS BESAR. Bos kecik baik... hehehe

Aktiviti mengepam tak ketinggalan.. perah 2 kali je & balik ni terus lari2 kat Hadif soh dia susu. Muahaha rindunye dia.. Nampaknye dia sangat behave dengan abah. Amboii geng ek? Husband kate dia minum susu sket2. Tak tau la brape oz dia minum. Tak tau nak bajet brape. Ikut pembacaan, nak tau brape oz baby kena minum during the day is:

Weight (in lbs) x 2.5 (or 3.0) / 8 [for 3 hrs feeding]

Menurut perkiraan di atas Hadif kena minum 3.5 - 4 oz. Tapi ade jugak baby yg reverse cycle. Mean dia minum sket je ms ibu dia kje & akan 'balas dendam' bile ibu dia balik.. baby mcm tu prefer direct feeding. But as long dia gain weight tak de ape yang nak dirisau kan.

ok. layan pix Hadif ye.. suke tgk dia gengam toys tu.. oohh itu la twinkle little star Hadif.. sedap sebab leh masuk mulut, nyonyot-nyoyot..


Thursday, October 7, 2010

FM oh FM

Hari ni citer pasal susu hadif plak. Masa newborn Hadif gune S26. Tak beli pun sebab hospital supply. Nampak mcm ok la. Then bile Hadif admitted sebab jaundice nurse tukar susu Similac LF (rasenye susu ni lactose free). Bila pakai S26, Hadif banyak berak, so ade tendency dia dehydrate bile letak bawah UV. Kat umah we continue Similac tu, tapi hadif plak sakit perut susah nak berak. So gune balik S26.


It goes well sampai dah habis pantang tetibe Hadif takmo susu S26 tu. Bila sumbat je dia merungut marah2. Kesian plak kat dia. Then carik kat alamanda susu ape yang sesuai. Ingatkan nak beli anmum infancare, tapi takde tin kecik plak. Last2 decide beli soya Mamex Gold. Alhamdulillah, Hadif boleh accept susu tu tapi slalu tak habis. Pastu menggatal nak tukar susu Enfalac A+ untuk Hadif. Ramai kate bagus susu tu. harge pun leh tahan kan.. hehe. Tapi Hadif dia mengamuk2 plak tak mo susu tu. Pastu muke dia naik ruam2 merah.. Aku suspect Hadif ni allergic. Confirm! Padanla masa newborn muke dia naik ruam. Teruk gak. Pas sapu cream dah kurang. Tapi pipi dia tak licin. Masa susu soya tu, muke dia jadik licin je. Memang sah la dia allergic susu lembu ni.

Ingatkan Hadif Lactose intolerant. Tapi doc kate maybe Hadif mengalami Cow's Milk Protein Allergy.

What is Cow's Milk Protein Allergy?

Regular milk is made up of protein, carbohydrates or sugar, fat, vitamins and minerals, and water. It's the milk protein that causes the allergic reaction in cow's milk allergy. Cow's milk protein allergy can develop in both breastfed and formula-fed children. However, breastfed children are usually less likely to develop food allergies of any sort. Occasionally, though, breastfed children develop cow's milk allergy when they react to the slight amount of cow's milk protein that's passed along from their mother's diet into her breastmilk. In other cases, certain babies can become sensitized to the cow's milk protein in their mothers' breastmilk, but don't actually have an allergic reaction until they're later introduced to cow's milk themselves.

Source

Dr. bagi banyak option susu utk budak yang allergic mcm ni. He suggest Nursoy sebab ikut pengalaman dia susu soya ni memang tak sedap. Memang pun tak sedap, dah la bau soya kuat. Nursoy @ Wyeth ni kire sedap la. Bila aku rase, haah much2 more better dari Mamex Gold Soya. Ade manis2nye.


p/s: Hadif.. pls minum susu ni ye. Incase emergency susu perah ummi tak cukup ke, ade back up. Sedih stok SIP tak banyak. Next week nak naik keje dah. Hmmmm