Wednesday, December 7, 2011

Mandi mandi mandi....

Saya suke mandi. Saya sgt suka main & telan air mandian. Sedap kot. Kadang2 saya terendam muke saya dalam air (bath tub). Pastu sendiri sesak nafas. Hehe. Ummi selalu marah saya sbb telan air. Tapi air paip kat bilik air tu sedap la. Sejuk, kdg2 suam.

Ni gambar muke saya hepi nak pergi mandi. Saya tak suke bkemban. Saya suke sangkut je towel kat leher. Mari mandi :D

Tuesday, November 15, 2011

Maxi Cosi Si Tobi

Alhamdulillah... akhirnya dapat juge idaman hati ummi ni. Setelah survey2 beberapa bulan, terfikir-fikir apa yg ok, dapatlah Hadif a new car seat. From 2months ++ untill 1 year 3 months ++ Hadif dok guna Sweet Cherry infnat car seat. Thanks SC sebab berjasa pada Hadif, ummi n abah. Dah tiba masa hadif get a new comfy car seat since hadif pun dah toddler skang not an infant :D

Ummi beli Maxi Cosi Tobi ngan Auntie yan . Yes it is a preloved item. Nak beli baru harga almost RM1200-1600. Owh ummi tak mampu la nak. Yang preloved ni pun is in immaculate condition lagi. Tak de faded area, tak koyak but ada sket scratch je. lgpun function n comfortableness tobi ni memang tak perlu nak pertikai lagi. In fact ms tgk tobi ni hadif duduk2 dlm seat tu nampak selesa je. Tgk la pix dia bwh tu. Biasa kalau dok car seat SC nampak tak selesa. Yg ni steady je Hadif kite. Plus dia boleh tgk pemandangan kat luar. Leh la layan blues. Ummi pun senang hati nak bwk kete.

Macam tobi ni senang nak put in and take out or child sebab harness dia specially design. Meh tgk apa kelebihan Cik Tobi.

Playing 'I spy' is a lot more fun when your child can actually see out the car window. From its high position in the Maxi-Cosi Tobi car seat, your toddler has a great view of what happens inside and outside the car. And when it is time for a nap, the Tobi car seat easily reclines to a comfortable sleeping position.
  • The Tobi is solidly fitted in the car using the seat belt and belt tensioning system
  • Innovative easy-out harness; the harness belts and belt buckle no longer get in the way
  • Colour indicator to confirm proper installation of child (it turns green when it is buckled properly) 
  • Easy adjustment of the headrest and harness belts at front of product with one hand 
  • Supreme safety performance due to harness locks 
  • Spring operated handle for changing from sit to real sleeping position (5 positions) 
  • Lengthen the harness with one hand (no need to push a button) 
  • Intuitive and easy to read belt routing 
  • Height adjustment of headrest from the front even when child is in seat (7 positions) 
  • Optimised side- and frontal impact safety concept 
  • High seating: child can watch outside window 
  • Easy to install with a 3-point safety belt


Masa berjumpa ngan kak yan dia byk tekankan bahawa child safety is very very crucial. She just flash back few accident cases in England (kak yan baru balik dr UK) kete terbalik and the baby tercampak, but the baby masih duduk terletak dalam car seat with some minor injury. Hohoho bayangkan kalau tak de car seat? Lagi satu pengajaran untuk ummi, ummi kena bertegas hadif kena duduk dalam car seat walau nak berjalan2 dalam taman n bwk slow je. Walau hadif melalak meraung tak nak, big NO NO nak keluarkan hadif.  So dari skang ummi akan cakap ngan hadif, car seat is for your own safety. Nak plak mak kamu ni bwk kete laju.. (insaf jap)

Hadif breakfast in the car
Ada few tips kak yan bagi. Kalau in long journey:
  • Never gives ur kids with beverages, food high content of MSG and sugar. It only make ur child become hyperactive and tak tenang dok dalam car seat.
  • Before journey, ask him to pick up his favorite toys. Only 2. pas tu buat la main 2 ms dlm car seat.
A very good tips!! Kalau beli kat kedai, agak2 ada ke salesperson nak bg awareness and tips mcm ni? Hado ke? Well, seronok jadi parents ni kan? mcm2 to treasure with our own kids. and i have to admit still in the learning process. Hopefully anak ke 2 nanti makin improve la (bila la tukan?)


Kesimpulannya: Belilah car seat yang betul2 berkualiti utk anak2 (ikut kemampuan). the outcome dpt memandu dengan senang hati. Seriously!!

Kisah warded & pneumonia

Salam semua... hadif baru je pas kuar wad. Dah masuk wad 31 Okt - 2 Nov 2011 yang lepas due to batuk yang tak reda-reda. Mcm biasa Ummi punye rule kalau within 3-4 days tak nampak ada perubahan, ke hospital lah kita. Ke Hospital Ampang Puteri mcm hadif masuk wad ms 10 bulan dlu and jumpe Dr. Nassir  yang smart tuh. Masa tu abah kerja, so ummi ngan tok la yang ke sana & ummi dah ready pack baju2 sbb tau mmg kena masuk wad. Kat sana Hadif buat rawatan fisioterapi & bg nebulizer. SO far so good. Lendir2 dia cair maybe sbb tak miss bagi ubat cair kahak tu. Alhamdulillah hadif keluar wad hari rabu & kami 3 hari je di sana. 

tup tup pas kuar spital, dia dapat selesema plak. ahh sudahh.. orang kuar spital makin baik, tapi hadif sebaliknya. tapi takpe, continue makan ubat sampaila raja haji. then demam panas plak.. suhu main kat 39, 40 wei.. sapa tak risau.. dah bg ubat mkn, ubat bontot pun x jalan gak.. so kite ke spital lagi (8 - 13 Nov) & mmg dah ready all the bajus as well. we know this time mesti lagi lama warded. mujur abah hadif dah balik & boleh ummi take turn. 

dah masuk wad demam hadif naik turun, kalau tgk graph mcm banjaran gunung. naik turun naik turun.. sama gak bg ubat bontot pun demam tak leh nak kebah sepenuhnya. Patutnya hadif kena drip water, tapi uratnye halus sgt, sampai cari kat kaki pun x jumpa. Akhirnya doc Nassir yang dpt cari vein hadif tapi kat kaki kanan. Ohh sian hadif kena cucuk2.. tapi kalau tak masuk drip tak kebah la nak demam. minum makan pun x mau. mmg drip la solutionnya. admission kali ni hadif kena amek x-ray. doc nak tgk sama ada hadif dah ada jangkitan yang teruk atau apa. alhamdulillah, tak teruk. hadif diagnose as bronchitis aje. it may lead to pneumonia kalau dibiarkan. 

Ni nak share article dalam BH pasal pneumonia.
____________________________________________


Pneumonia pembunuh tidak dijangka

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2011/11/15

Ragut satu nyawa si kecil setiap 20 saat

SATU angka yang besar dan memang menakutkan, menjadikannya sebagai pembunuh nombor satu di dunia, bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun, sekali gus melebihi kematian disebabkan AIDS, malaria dan batuk kering (TB).

Bermula dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan, pembunuh yang bebas berkeliaran itu pantas membunuh mangsa kerana ia ia bertindak secara perlahan, malah tidak dijangka.
Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) yang juga Pakar Perunding Pediatrik, Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata secara umumnya empat daripada lima ibu bapa atau penjaga tidak mengetahui tanda bahaya penyakit pneumonia atau juga dikenali sebagai radang paru-paru. 

Ramai menyangka ia adalah penyakit biasa seperti selsema dan boleh dirawat dengan ubat batuk serta demam yang dibeli di farmasi. Apabila keadaan tidak bertambah baik, baru mereka mendapatkan rawatan daripada doktor. 

Kanak-kanak menghidap pneumonia selalunya dikesan pada peringkat yang sudah parah. Gejala dan tanda pneumonia boleh berbeza dan ini banyak dipengaruhi oleh kuman yang menjangkiti. Ditambah lagi dengan keadaan si kecil itu sendiri, sama ada mempunyai latar penyakit seperti AIDS/HIV, penyakit jantung dan asma.

“Pneumonia sering bermula dengan demam, batuk dan selsema yang dianggap ‘biasa’ sama ada oleh ibu bapa, penjaga dan juga doktor yang tidak menganggapnya sebagai suatu serius. Tanda yang mungkin nampak serius dan menjadi amaran kepada ibu bapa, penjaga dan juga doktor bahawa ia adalah pneumonia, apabila kadar pernafasan si anak laju atau dadanya berombak. Tanda yang menunjukkan ia bertambah teruk apabila diikuti demam tinggi menggigil, peluh berlebihan, sakit dada bila bernafas, lemah serta letih,” katanya. Sayangnya, data menunjukkan empat daripada lima kanak-kanak yang menghidap penyakit pneumonia tidak mendapat rawatan sewajarnya, iaitu tidak diberikan antibiotik. 
Berkongsi pengalaman, Dr Musa berkata, beliau pernah berhadapan kes seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menghidapi batuk selama tiga minggu diikuti demam suhu tinggi selama enam hari. Malangnya pengambilan antiobiotik tidak mampu mengatasi masalah itu. Apabila dirujuk kepada doktor dan melalui imbasan, pneumonia di kesan di keseluruhan paru-paru sebelah kanan.

“Cecair dan beberapa bahagian paru-paru sudah rosak dan menerusi ujian, cecair diambil daripada paru-paru kanak-kanak itu penuh dengan kuman pneumikokkus. Komplikasi dialami si kecil memerlukan bantuan alat pernafasan selama lima hari; bekalan oksigen selama 10 hari, tetapi malangnya kerosakan sudah pun berlaku pada bahagian paru-paru kanan. Kesudahannya, kanak-kanak itu menjalani rawatan selama sebulan di hospital,” katanya.

Pada 2008, dianggarkan seramai 8.8 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun di seluruh dunia, meninggal dunia. Seorang daripada lima kematian itu disebabkan oleh pneumonia atau dengan kata lain, seramai 1.5 juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia. Kematian lain berpunca daripada malaria, TB, HIV/AIDS. 

Di Malaysia, pneumonia di kalangan kanak-kanak bawah lima tahun adalah penyebab kelima kematian dengan empat peratus kematian selain antara 28 peratus dan 40 peratus kemasukan ke hospital. Di Indonesia, 145 hingga 300 kes pneumonia dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk manakala di Filipina, sebanyak 5,000 kes pneumonia per 100,000 penduduk dicatatkan.

Pneumonia tidak popular seperti denggi yang kerap kelihatan iklannya di media massa. Dr Musa mengakui pandangan itu. Sambil mengambil denggi sebagai contoh penyakit popular, apabila kerap mendapat liputan yang tinggi di akhbar dan media, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) turut mengakui bahawa fenomena ini suatu perkara sejagat. 

Malah, pihak terbabit sudah pun mengeluarkan suatu dokumen bertajuk ‘Pneumonia the Forgotten Killer of Children’ atau ‘Pneumonia Pembunuh Kanak-Kanak Yang Dilupakan’ bertujuan mengalih tumpuan dunia pada ‘pembunuh’ si kecil yang bukan saja dilupakan, tetapi tidak diambil berat oleh warga dunia.

Pneumonia boleh diselamatkan menerusi pengambilan vaksin dan ia bukan sesuatu yang mustahil dijadikan ‘wajib’ dalam imunisasi kebangsaan seperti vaksin kanser servik ,yang baru-baru ini diwajibkan untuk remaja perempuan.

Kuman pneumonia yang paling teruk iaitu kuman pneumikokkus mengakibatkan sebanyak 800,000 kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun. Vaksin pneumokokkal ada di Malaysia sejak 2005. Terdapat dua vaksin pneumokokkal daripada pembuat vaksin tetapi ia masih lagi belum dijadualkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) Kementerian Kesihatan.

Pada masa ini, kata Dr Musa, vaksin itu hanya boleh didapati di hospital swasta atau klinik pakar kanak-kanak swasta. Sebanyak 55 buah negara sudah pun memasukkannya ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan, termasuk Singapura, Macau, Hong Kong, Australia dan New Zealand. 

Katanya, Persatuan Pediatrik Malaysia sejak 2005 berjuang mengerah Kementerian Kesihatan berbuat sedemikian. 

“Dengan kesedaran mengenai bahaya pneumonia, orang ramai terutama kumpulan sokongan kanak-kanak, dapat memberi tekanan kepada kerajaan bagi memastikan vaksin pneumocokkal dijadikan keutamaan serta dimasukkan dalam jadual Kementerian Kesihatan demi kesihatan anak-anak kita,” katanya.

Selain kuman pneumikokkus, jelas Dr Musa, pneumonia juga boleh disebabkan kuman campak, batuk kokol, hemofilus influenza B dan virus influenza H1N1. Tetapi, ketika ini, hanya tiga penyakit atau kuman iaitu batuk kokol, campak dan hemofilus influenza B tersenarai dalam jadual Kementerian Kesihatan sejak 1960, 1982 serta 2002. 

Virus Influenza - H1N1 dan influenza A & B mendapat liputan besar apabila berlaku pandemik H1N1 pada 2009. Vaksinnya tidak tersenarai dalam jadual kementerian tetapi boleh didapati di klinik dan hospital swasta.

Kerjasama tangani pneumonia

PFIZER (Malaysia) Sdn Bhd dengan sokongan Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP), Pitter Patter, parenting2u.com dan SJ Echo melancarkan laman web www.abc4pneumococcal.com bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit pneumokokal dan menekankan hakikat bahawa penyakit ini boleh dicegah menerusi imunisasi, di ibu kota, baru-baru ini.

Pengurus Negara Pfizer bagi Malaysia dan Brunei, Angel Choi, berkata vaksin konjugat pneumokokus pertama diperkenalkan pada 2000 di Amerika Syarikat untuk memberikan perlindungan daripada tujuh serotaip pneumokukus yang paling umum. 

“Kemajuan dalam bidang penyelidikan pneumokokus membolehkan kita memberikan perlindungan daripada 13 strain bakteria pneumokokus yang utama. Menyedari hakikat ini, lebih 50 negara memasukkan Vaksin Konjugat Pneumokokus (PCV) dalam Program Imunisasi Kebangsaan masing-masing, termasuk Hong Kong, Singapura dan Macau,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Dr Musa sertadan Presiden dan Pemimpin Serantau Asia Pasifik bagi Persekutuan Organisasi Meningitis (CoMO), yang juga bapa kepada anak penghidap pneumokokal, Bruce Langoulant.

Pada majlis itu, Dr Musa turut menyeru Pfizer supaya menurunkan kos suntikan vaksin kerana kos yang lebih rendah membolehkan ia dimasukkan dalam program imunisasi negara. 

Vaksin itu, katanya, perlu dilakukan sebanyak tiga dos dengan harga kira-kira RM600-RM750 untuk seorang kanak-kanak. Difahamkan di Afrika, vaksin sama diperoleh pada harga amat rendah iaitu hanya kira-kira USD7 (RM22.05) bagi satu dos.


INFO:

* Sebanyak 98 peratus daripada semua kematian kanak-kanak membabitkan pneumonia berlaku di negara membangun.
* Pneumonia boleh dicegah. Lebih sejuta nyawa kanak-kanak boleh diselamatkan menerusi penggunaan vaksin dan antibiotik, mengurangkan pencemaran udara dalaman dan melalui penyusuan susu ibu untuk tempoh enam bulan pertama hidup.


APA 
* Pneumonia adalah jangkitan paru-paru, menyebabkan batuk dan demam yang boleh menyebabkan kesukaran bernafas. Radang paru-paru yang teruk boleh membawa maut.



SIAPA

* Di negara membangun, kanak-kanak di bawah usia lima tahun, terutama bawah dua tahun dan miskin, 
berisiko menghidap penyakit ini.
* Warga tua juga turut berisiko.
* Sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi kerana mereka menghidapi penyakit lain seperti HIV/AIDS. 
* Pesakit HIV lebih berisiko tinggi dan berkemungkinan mati akibat pneumonia. 
* Kanak-kanak yang tidak mendapat cukup zat boleh melemahkan sistem imunisasi, sekali gus meletakkan mereka sebagai kumpulan berisiko tinggi dijangkiti pneumonia.


PENYEBAB

*Kebanyakan organisma boleh menyebabkan pneumonia.

*Di peringkat global, bakteria seperti Hib dan pneumokokkus adalah dianggarkan untuk menyebabkan lebih daripada 50 peratus kematian akibat radang paru-paru di kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Virus dan kulat juga boleh menyebabkan pneumonia.



DIAGNOSIS

* Ia boleh dikesan oleh tanda seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas atau bernafas cepat atau berombak-ombak.

* Menerusi imbasan dada menggunakan sinar-X dan ujian makmal. Namun, alat ini selalunya tidak ada di negara membangun, terutamanya di luar bandar yang terpencil menjadikan sukar mengenal pasti dan merawat penyakit ini.



PENCEGAHAN DAN RAWATAN

* Ia boleh dicegah dengan vaksin Hib dan pneumokokus. 
* Jangkitan campak dan pertusis (batuk kokol) juga boleh menyebabkan komplikasi pneumonia. Oleh itu, 
vaksin untuk penyakit ini boleh mencegah sesetengah kes pneumonia.
* Tingkatkan kadar susuan eksklusif selama enam bulan.
* Kurangkan asap daripada rokok dan tempat memasak.
* Tingkatkan tahap nutrisi anak.
* Sentiasa basuh tangan dan ajar anak berbuat demikian.


______________________________________________________

So, untuk pencegahan, ibu2 & bapa2 yang berkemampuan apa salahnya dapatkan suntikan tambahan Pneumococal yg ada di klinik & hosp swasta. Memang skali amek mahai weii tapi kalau dibandingkan dengan kos rawatan, masa, tenaga yang dilaburkan bila anak masuk spital, lagi baloi kita ambil pencehagan awal. 

lagi satu, kalau nampak anak batuk2 teruk, susah nak bernafas, pergi ke pakar kanak2 utk rawatan selanjutmya. Anak sihat, ibu bapa gembira, rumah pun ceria :)

Wednesday, October 5, 2011

Perkembangan hadif

Ye ye saya tau lama tak update blog. Jeles tgk blog orang lain meriah, tp blog sendiri malas nak jengah.. Hehe.

Apa perkembangan hadif yg dah nak masuk 1 year 3 months old bulan ni?

1. Hadif dah start berjalan ms umur dia setahun sebulan. Now jalan kengkang2 lagi tapi dah tegap. Syabas anakku!!

2. Dah tak mkn bubur selepas raya tu. Dia geli kot benda lembik2 dlm mulut. Mentang2 dah ada gigi 4 btg (2 lagi otw), asik nak geget aje.. Suke objek keras termasuk tgn2 manusia..

3. Pandai vroom vroom siap dgn aksi tgn pulas handle motor.. Bak kata hj epul "mat motor sungguh!!" .mana taknya, abah beli ER6n ms ummi ngandung.. Hambek anak suke naik moto sambil nyanyi2..

4. Suke senyum simpul, kalau org lain ketawa dia pun ketawa.. Hahaha very funny.. Suke buat muke lucu n gelak2 sambil tutup mulut.. Hadoii cair hati ummi..

5. Suke kacau org tdo esp aunty. Habis dia jolok mate, gigi, lubang idung. Kalau ngan aunty dia lg teruk dikerjakan... Aunty is my bff.. Aunty sy pun baik n cantik...

6. Kuat nanges n sentap.. Ni x tau la kenapa.. Ikut perangai ummi kot. Tapi senang dipujuk :)

7. Sgtlah suke berendam dlm air. Itu mmglah.. Kesukaan dia dari dlu..

Nanti ada ms ummi tulis lagi pasal kehebatan hadif ye.. Ummi abah loves u so much..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 16, 2011

Terbelah

Tgk tu punch card sy telah terbelah dua.. Lagi sekerat dalam mesin perakam masa wp2.. Ganas betul. Gara2 lambat..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 15, 2011

15 ramadhan - time to shop

Hadif dlm train - 2nd time kot.. Nak ke sogo soping sopingan baju raya.. Yeay!! Abah belanjeee..

Raya kali ni abah keje.. So, kena menikmati masa berkualiti bsama abah..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 14, 2011

Bubur lambuk favourite hadif

emenjak hadif dah keluar 5 btg gigi serentak, alhamdulillah selera mkn dah pulang kembali..

Hadif sgt suke bubur lambuk.. Lantas ummi pun google resepi bubur lambuk.. Nampak mcm leceh n renyah, tp berjaya buat bubur lambuk yg shedap!! Hadif mkn dgn byk n licin.. Alhamdulillah..

Smalam last immunisation pneumonococol (booster). Sakit eh... Hadif melalak smpai hilang sore.. Takpe nak, yg tu last.. Tapi stahun stengah nnt ada lagi secocok.. Hadif anak yg kuat!!

P/S: bubur lambuk ummi byk sampah (rempah ratus).. Hehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 1, 2011

Review Medela Free Style

salam ramadhan pada semua yang sudi membaca blogku.. Semoga Ramadhan kali ni lebih barokah and baik dari tahun sebelumnya ya..

Ok la, nak buat review pasal pam free style ni. Saje suka2 n atas permintaan kwn ye. Bkn nak show off atau ape.

Ini one of my dream gak sbnarnya, sbb medela fs ni la ramai jd idaman. Di atas sbb ianya kecik molek, battery operated, handy and mobile and suctionnya x menyakitkan.

FS yg ira beli come in complete set: Tote, cooler bag, cooler ice, pam n accessories. Siap dpt free gift 8 biji bumble bee bottle, buku panduan penyusuan ibu bekerja dan free gift tak dilupakan.

Sapa yg pnah gune Medela pump mmg tau teknologi 2 phase expression. Sama la ngan FS ni. Ada sampai 8 level suction and ada butang memory n juga timer. So senang bukak2 pam terus dia set level mana yg kita guna previously. Advantage, kita pun tau brape lama dah pam. Tak yah tgk jam..

FS ada accessorie utk membolehkan kita free style atau bebas dari memegang botol ms buat kerja atau menaip. Just attached pada bra, clip here and there, DONE!! Gerak la mana2 kamu suke..hehe.

What else I like about the pump ya? Ooo hari tu 1st attempt pam while driving. Hoho sgt jilmat ms and tak yah rushing2 balik opis.

Skang ni even after pam, I will do marmet teknik to ensure breast is emptied. Rupa2nya susu masih lag berbaki ye. Syg kalo tak perah ngan tgn.. Cause to create the demand, u really have to make sure breast kosong. Perahlah hingga ketitisan terakhir..

Ok, sekian review sy utk medela fs ni..

P/s: spectra 3 ku.. Terima kasih kerana berjasa..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 28, 2011

Happy 1 year Hadif Tory

21 Julai 2011 yg lepas, Hadif dah berusia setahun. Cepat je ms berlalu. Dlu dia la paling kecik skang dah memanjang. Melebar tu tak sgt. Semakin cerdik n bijak.
Sabtu yg lepas buat sambutan kecik2 utk dia. Buat kat umah tok memandangkan ramai budak2. X sangka meriah gak n penuh umah tok. Tula.. Semua dtg sbb tau tok hadif msak shedapp. Hehe

Hadif pun dpt byk hadiah.. Antaranya bunny joget2.. Siap hadif geleng2 pale lagi.. Klakar sgt.. Hadif dpt bus, lorry n paling byk baju.

Tq to all yg sudi bg hadif hadiah.. Ada lg satu sambutan nak wat. Bersekali ngan open hse raya ni. InsyaAllah..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pagi yg damai

Pagi yg sgt mendamaikan.. Menghirup udara segar dari balkoni rumah yg mghadap tasik..

Kan best kalau x keje hari ni.. Lots of chores need to be done..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 23, 2011

Susu tepung membesar

Barisan susu tepung membesar hadif ms dpt kat paed smalam. Owh takde plak entry khas utk hadif setahun.. Ummi penat sampai lupe nak hapdet.

Agak2 mana yg hadif nak?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 12, 2011

Ekspressi n bau

Muke tgh meneran. Hehe. Camne ek hadif berak keras je. Dah bg pisang pun tak jln gak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 9, 2011

Bile hadif nantok

Boleh plak hadif layan citer melayu ngan tok, abg aidil n abg alif..citer sinetron x try lagi.. Tp sebenarnya dia mengantuk tu.. Hahaha.

Smalam ada bday party abg ijat.. Hadif suke sgt, tepuk2 tgn sebab meriah.. Terlebih excited.. Pastu hadif sgt suke meehun aunty lia cekci.. Hehehehe. Mcm ummi lah suke meehun goweng..

P/s: nak buat sambutan kecil2an utk hadif abqory tak lagi 2 minggu abahnye?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 6, 2011

Reminder utk diri sendiri

Bersyukur sgt keje gomen skang ni. Polisi kerajaan yg membenarkan ibu2 mengambil cuti tanpa gaji jaga anak 5 thn, suami yg keje gomen bleh amek cuti 7 hari bila isteri bersalin, cuti bersalin optional nak 2 bln or 3 bln.. Bos plak faham alasan2 bkenaan family ni.. Syukur2. So jgn culas2 buat kerja n gain knowledge sbnyk mungkin smntara ms 'byk' ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 5, 2011

Lagi

Ohhhh tayar kena pancit. Sian plak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Org ape la mcmni

Gara2 parking tak masuk side, tgk ape org2 sini letak kat ats kete tu... Kan??? Menyusahkan aje. Kete awak tu gumok

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Redeem voucher babymanja

Remeber Hadif menang bayi comel anjuran babymanja.com? Alhamdulillah, dapat voucher online RM50 dan ummi telah pun redeem hari ahad lepas.

Mule2 nak beli toys, tapi fikir2 balik CD would be perfect for him. Leh turun dari generasi ke generasi..

Thanks babymanja. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 4, 2011

Susuku pekat

Susu pekat berkat ESP. Syukur alhamdulillah..kenyang hadif

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 30, 2011

IMG00821-20110626-1137.jpg

Tetibe rindu dgn hadif. Lame tak citer pasal dia kan? Hadif dah 11 bulan pun. Wahhh lagi sebulan nak setahun. Cepat betul ms berlalu.

Currently hadif pandai n expert merangkak, melangkah (provided pgg tgn dia or in moon walk), goyang2 bdn n kaki ikut rentak lagu (he likes music), kuat tdo tau plak skang ni, amin org, tunjuk bird or cat, tadah tgn baca doa.. Hehehe mcm2 kan kepandaian hadif ni..

Ok ni gambo dia tdo dlm car seat.. Ayaq liur meleleh.. Ehehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 21, 2011

Imam Muda Hadif

Abah tgh ajar hadif tadah tgn memohon doa pd Yg Esa. So comei dgn kopiah abahnye.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 20, 2011

Cuti yg terisi

Shopping di IKEA. Gewam tgk brg2 kat kids area.. Huh.. Comeiii

Tggu umah baru ada nnt baru lah kita deco n kerap dtg ikea utk idea2 bernas

Tghari td pi bayaq PTPTN. Alhamdulillah. Ku bebas dari di black list.

Neway thanks to hubby for your help today. Walaupun sedikit hangin td. Marah2 syg namanya tu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 4, 2011

In d taxi

Hadif naik taxi for 1st time.. Ni bukan kete kita, so tak leh nak hisap sana sini tau..

Pi low yat.. Hadif nak cari ipad2 keh keh keh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 2, 2011

Bye ER-6N

Sold! Dah bertukar hak milik. Pernah naik beberapa kali je.. Bye kawasaki
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 1, 2011

Seri wajah safi

Alhamdulillah... Muke makin berseri n cerah bile gune safi balqis perfect 10. Jeles ngan kwn2 yg kulit halus mulus pakai safi since teenagers lagi.. Meh nak enterprem sket.. Hehehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 27, 2011

My new bussiness :)

Alhamdulillah.. target pertama nak ada biz pun dah terlaksana. Sekarang ni ira adalah pengedar bebas produk shaklee. Bermula dengan consume untuk menambah susu badan, ira memang rasa kelainan pada kecergasan badan. Tak mudah penat, always aktif nak lagi bf ni sgt2 penat + bekerja lagi..

Feel free to visit my Shaklee blog

momsmilkyway.blogspot.com


Thursday, May 26, 2011

10 bulan dahh

Hadif dah 10 bulan 21 Mei lepas. Mari kita lihat kebolehan dia setakat ni:

a. Boleh clap clap hand.. Sambil senyum2 manis. Suke clap esp dgr lagu.

b. Dah pandai joget/goyang2 badan. Nak lagi bila pororo fav kartun dia on TV. Owhhh sgt comei

c. Suke memanjat sini sana. Panjat bdn ummi n abah gak.

d. Sgt suke ngan bubur mcd n nugget. Owh tak bleh slalu2 ye syg. Ummi masak lagi shedaapp.

e. Suke jerit n bebel2. Jerit tu dari dlu lagi. Tapi mulut dia sgt2 meriah tegur org. Peramah la katakan..

f. Belum ade gigi. Tinggal nak ade gigi n berjalan, then u are a big boy hadif..

P/s: hadif nak dok taska ke ngan tok??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 23, 2011

Air mataku

Waktu berita TV3 smalam siarkan psal berita rumah anak2 yatim n madrasah at taqwa tu, air mata ni gugur sbb sedih. Ms tu tengah bf hadif. Tetibe hadif pgg mate, nak korek mate ummi dia. Agaknye dia prasan ummi nangis. Muke hadif pun nampak cam pelik n seolah2 tye "nape ummi nangis? Jgn la nangis". Sambil nak korek mataku.

Haha terus x jadi nk feeling. Cume sedih kan ngan berita tu? Moga roh2 mereka dicucuri Allah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Geng abah..

Kisah Hadif n Abah lagi. Tengok tu kalau dah geng ngan abah, gaya tdo pun lebih kurang aje. Peluk2 bagai. Pastu hadif nak susu dia dok tenyeh muke kat dada abah. Ingat situ ade situ ade nenen.. Haha comei..

Pengalaman susukan baby hingga skrang ni byk suka duka. Suka bile susu byk, leh wat stok, mcm2 gaya menyusu - tonggeng, somersault hehe. Yg duka bile susu drop, bile anak asik nak mengempeng aje mcm x puas susu smpai satu benda x leh nak wat, stok kurang.. Alah.. Ape benda kite buat pun mesti ada up n down. So just teruskan.. Just Do It.

Neway ni new look Hadif pas gunting rambut. Rambut dah pnjg n asik tergaru2. Panas n mula la ruam2 kat tgkuk dia tu. Masa gunting rambut, abah kate hadif nangis. Terkejut kot sbb machine tu berbunyi kuatn vibrate. skrang dah legaaaa sket pale tu kan hadif? Hadif ni sgt kuat peluh.. Metabolism tinggi. Kuat peluh n kuat berak.. Hehehe

P/s: same kan muke abah n hadif..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 18, 2011

Exploring the house

Hadif suke memanjat-manjat skang ni. semua yg dia capai dia akan cube nak bangun dengan sendiri. Kdg2 ummie biarkan aje, tapi kn tgk2 gak. Tak nak hadif cedera. Yelah, lasak2 pun keselamatan harus diutamakan.

Pix tu adalah push car hadif. Motif beli? Sbb hadif takde walker (yg beroda n bergerak). So ummie belikan agar dia leh practice berjalan. Tapi dia x nak plak kite pgg dia. Haishhh mane bleh. Takut tersembam nnt.

Skarang sedang melayan hadif tatih.. Ala ala comei je kaki tu melangkah.. Mcm dah pandai jalan je..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 29, 2011

Hadif's milestone

Mengenai hadif yg dah 9 bulan:

a) suke bubur lembut, x nak yg blend
b) mulut bising. Pandai buat mimic klakar
c) suke campak brg
d) x leh rangkak lagi. Tapi dah angkat bdn. Maybe x tau nak gerak mcmane.
e) tiade gigi lagi.. Owh selamat ummi x kena geget.
f) suke cungkil2 brg. Mcm tanggalkan pelekat tu, khusyukla dia.
g) alert dgn binatang mcm kuching, bird. Akan buat suare "hooh"
h) dah boring ngan dibo, mickey. Tapi kalo pororo terangkat-angkat tgn dia.
i) Sgt suke senyum - murah senyum n manis. Peramah gak. Suke tgur, usik2 org dlm lif.
J) dah mule nak berdiri.. Nak jalan tepi sofa.

Seronok tgk hadif makin membesar.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 28, 2011

Syg hadif

Diorang ni mmg close. Pakai baju pun same kaler. Husband mmg rajin melayan hadif. Mmg abah yg baik n memahami. Ummi hadif plak lebih bersikap garang, suke tension kalo hadif x mo tdo, cepat hilang sabar. Hehe.. Tapi ummi la paling syg hadif.. Sbb selalu belikan baju hadif. Selalu beli ape2 utk hadif. Sanggup buat pe saje demi pastikan hadif dpt susu ummi sepenuhnye.. Sanggup x mandi utk tdokan hadif dlu.. Sanggup tulis blog ni utk hadif..

Ape pun kasih syg abah n ummi pd hadif mmg x berbelah bahagi.. Mmwwahhh we love you hadif..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 27, 2011

New project/aim

aku ade beberapa mission jangka pendek untuk dilancarkan..

1. Nak berniaga - insyaAllah dlam masa terdekat ni. Berniaga online. Sebab terpengaruh ngan semangat kwn2 rapat yg dah mula berniaga. Yg bestnye, aku akan berniaga sambil membantu org.. Ops bkn MLM k.

2. Nak naikkan berat bdn hadif - ms timbag kat APSH hari tu dia dah susut. 7.5kg saje.. Ishh sian anak ummi.. Strategi nak naikkan berat dia: kasik mkn siang mlm, kasik hadif gembira, mkn ESP. Aim: hadif 1 thn berat 10kg ke atas.

3. Nak kurangkan berat bdn - aim 10kg within 6 months. Hehe nak ambitious sgt pun susah sbb still menyusu bdn lagi kan? Kolestrol pun dah border. Ish ish.. Skang ni nampak ke maintain tapi still berat. Byk lemak kot..

kalo byk2 sgt pun susah gak.. We go slow, one by one. Harap2 bjaya..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hadif di Ampang Puteri for 3 nights

Atas permintaan ramai hehe (prasan plak) nak buat quick update. Hadif kena warded last friday till isnin yg lepas.

Reason: not a serious case tapi dada dia ade hissing sound due to prolonged batuk n sesema.. Haha prolonged pun baru sminggu je. Tapi kan suffer tau dia. Nak mkn tak lalu, nak susu rase lemas.. Asik cranky saje. Sebagai ummi aku kesian sgt2 tgk anak mcm tu. So pas abah hadif balik, kami terus p ampang putri.

Kronologi: aku dah expect hadif sure akan kena warded. So aku dah prepare mental n beg2 siap2. Cume nampak abahnye je yg x sangka anak dia kena terpaksa bermalam di wad.. Which mean balik2 umah abahnye pun terpaksala 1st nte di hospital gak..

We request for Dr. Nasir Hassan sbb aku survey2 kat tenet doc ni bagus.. Pagi sabtu dr nasir review hadif he decided that hadif have to undergo chest physiotherapy.

Terkejut mak tgk procedure fisio ni.. Mmg baby2 semua menangis tau.. Sbb mule2 kena tepuk kuat kat area lung utk bagi kahak dlm lung longgar. Pastu sedut plak. Hadif 1st time buat, dia sungguh2 nangis sbb terkejut kot. Cume part sedut tu mmg ngeri weh..

Total pisio: 4 times

Kebaikan fisio: bantu baby kuarkan kahak. In fact kat sana ramai todler gak buat fisio ni sbb diorang x pndai hembus hingus,kahak lgi. Paling kecik aku tgk 3 bulan pun ado. Pastu dia tido lena.. Itu yg kite mahu..

Prevention: tak leh aircond slalu. Kipas pun perlahan. Kena jaga pemakanan hadif, x leh yg sejuk2. Cuaca hujan je msti make sure hadif panas.

Harapan: saya nak anak saya berisi kembali.. And sihat ceria je. Aminnnn Ya Allah, jadikanlah annakku, anak yg soleh, bijaksana, sihat tubuh badan, ceria..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, April 1, 2011

Nak share recepi makanan baby hari ni. Kebiasaan menu hadif mmg takde labu. Lately kalo buat bubur hdf tak tau la nape dia akan rase loya n termuntah balik. Even faveret bubur ikan bilis dia pun mcm tu. Pening mak.

Hari ni buat bubur ayam tapi letak kentang setengah ketoi, chunks of labu, ayam n bayam. Juga tumis bwg putih ngan marjerin sunflower. No salt ok.

Alhamdulillah hadif dah berselera balik. Rasenye pun sedap. Manis2 gitu. Nxt nak try bubur oat pulak.

Bon apetite!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 30, 2011

Jatuh, kita bangkit semula

Pagi td terbangun lambat. aku kelam kabut nak siap2 n tetibe terdetik kat hati bile tgk pintu bilik utama rapat - ish, hadif ni tdo ke dah jaga? Nanti jatuh plak. Tapi sbb dah lambat aku terus siap2 n few seconds pastu terdengar bunyi berdentum n hadif nanes. Sah, dia terjatuh..

Aku terus jerit2 kat husband soh tgk hadif padahal aku lg dekat ngan blik.. Saspen kan aku?? Sian hadif dahi dia benjol.

Hadoila mcmane leh careless ni ummi abah?? Sian hadif. Ini la kali pertama hadif jatuh. Harap x de ape yg siyes. Hadif plak terkejut tak pernah jatuh.. Pastu dah ok balik.. Hehe

Mulut bebel bebel sebut "abah" "akak" "agha" "akekr"( hahaha suke2 hati je.) Ummi dia x pandai sebut lagi. Bila lapar pandai sebut "nyam nyam".

Camtu la kan bile anak smakin lasak n membesar. Aku takde la rasa bersalah sgt sbb it is a learning process for him n us. Unless kalo luke2 tu, mmg la kena rase guilty. Cume pasni nak pastikan dia betul2 safe. Elakkan perkara2 yg membahayakan hadif.


P/s: bila nak pandai merangkak dif???


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 25, 2011

Touch N Go perchuma

saya shuke.. I liokeee.. Sbb dpat Touch & Go card worth RM350 from hubby. Its actually appreciation token to all staff from Talisman on 34,946 boepd. Syukur alhamdulillah. Talisman, ape kate next token bagi sebijik DSLR. Hahaha

p/s: boepd = barrel oil estimate per day
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 10, 2011

BB is truly a smartphone

Assalamualaikum my readers,

Hehe ku menulis di dalam gelap ni sambil memberi nyonyot kepada hadif. Cehh kate BB smartphone.. Ke aku yg tak smart nak set keypad light bile mlm2 ni? Haiissshhhh

Kalau boleh update blog ikut BB mudah la keje aku. Takde ms nak mengadap PC utk hapdet blog k. Sebab berlari-larian buat tu ini. Skang sambil nyonyot pun leh hapdet blog.. Hoyehhhhh

Thanks to VP buat tuto khas. Still in learning process.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 29, 2011

Pre majlis aqiqah


Quick update

Besok hari aqiqah n cukur jambul hadif :)
Bz dengan preparation right now
Moga2 Allah permudahkan urusan dan licinkan perjalanan majlis
Yg paling penting hadif tak meragam
Coz tomorrow will be his day
Semua yg membaca jemput hadir ye