Sunday, April 19, 2009

Adakah bertudung = baik ?

INPUT - PROSES - OUTPUT

AQIDAH - IBADAH - AKHLAK

IMAN - HUKUM HAKAM - BAIK ATAU TAK BAIK

Kalau kita sebut dia itu baik dengan alasan dia pakai tudung, ini bermakna kita menganggap bahawa pakai tudung itu output. In other word, kalau pakai tudung, tercapailah maksud beragama dalam dirinya. Betulkah begitu? Sedangkan bagai yang dimomok-momok orang, ramai yang bertudung tapi bergelumang dengan maksiat.

Justeru harus dibetulkan balik…

Pakai tudung bukan output.

Pakai tudung ialah proses.

Proses untuk jadikan orang baik.

Dia baik dengan alasan dia pakai tudung… SALAH

Kalau dia nak baik, dia kena pakai tudung … BETUL

Sebab tudung ialah PROSES untuk baikkan si pemakai.

Tapi…

Macam mana pulak kalau ada orang yang pakai tudung tapi tak jadi baik? Jawabnya, mungkin ada yang tidak betul pada input dan prosesnya.

Pakai tudung dengan asas input ia peraturan sekolah, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input ia nampak lebih berkesan untuk fashionable, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input, takut orang mengata balik umrah dan haji masih tak bertudung..

Maka salah input.

Pakai tudung dengan niat yang betul, tapi pakai tudung yang menarik perhatian orang, harga entah berapa ratus ringgit, pakai dengan penuh gaya tetapi masih nampak tengkuk etc…

Maka salah proses…

Ada pun, orang yang baik tanpa memakai tudung, dia baik pada hablun minannaas. tapi dia tidak endah kepada apa pandangan Allah kepadanya. Apakah Allah Tuhan yang tidak berdisiplin? Suruh manusia pakai tudung, tapi tak apa, kalau tak pakai pun tak apa… err, Subhanallah… Maha Suci Allah dari disifatkan sedemikian rupa.

Wallahu A’lam


P/S: this is one of ustaz hasrizal's comments on his article "Tudung Lawan Tali Leher" http://saifulislam.com/?p=5348

& Thanks to syikin for sharing the good darn info

Sunday, April 12, 2009

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

Quote from Ummu Husna (wife UZAR)

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.


"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.

"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.

"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya.

"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.

Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.


SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :

Wahai kaum wanita, aku lihat
kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

" Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU


" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "


Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

p/s : Khas untuk suami ku. Sangat menyentuh hati dan perasaan. Semoga menjadi pedoman di kita :)

Saturday, April 11, 2009

Jiwa ku tenteramkah?


Only if i had another chance to pamper myself in place like this?

Aku sebenarnya risau sangat sebab banyak kerja nak buat bulan 4 nie.. Dah la wat almost sensorang, yelah aku mana ada org bawahan... aku la paling bawah huhu..
Just imagine aku kena handle 5 event penting utk bulan ni which involve orang luar & KP & Pengarah2? erm.. tula pasal, semua pun last minitnye keje.. hahaha padan la muke kan?

Tapi harap sgt apa yang aku plan tu berjalan dengan lancar. InsyaAllah & mudah-mudahan la hendaknya. Seriously mmg mengugat ketenteraman aku even nak tdo pun terpk lagi. Ni la yang susahnye kalo wat menda tanpa supervision superior. Or at least give some guidance pun dah ok... Tapi kan kalo la KP nak marah aku atau sesape nak marah aku, aku harus tebalkan muke & kuatkan iman. Ingat aku boleh belah2 bhagi2 ke?

p/s : Awal2 tahun mmg berkobar, semua nak buat sampai tak menang tangan

Monday, April 6, 2009

April Bz Bee

It seem April been the busiest month so far in 2009. Siyesly, i buat kerja sampai terkangkang-kangkang... hahahaha (i love dat word). Tapi akhirnye, aku terpk adakah aku tak sistematik? hmm banyak factor gak contribute sebenarnye.

Ekceli I don't think that i am suitable with the job that i do now. i hate paper works, thinking of policy, buat policy, bla bla semua tu buat aku jadi tepu. & kesannya aku tak mampu nak berfikir dengan baik & beri kritikan2 & komen2 yg membina. Aku tak rasa aku dah boleh ke tahap itu lagi. Sebab basic underground understanding pun aku tak capai lagi.. how come aku nak overcome dengan policy tu semua? huh..sgt cabaran.. aku cube dah buat yang terbaik & mmg betul masa byk mengajar kita... cume aku rasa kerugian in both side sebab wasting of energy, time, idea, man power.. i hope they can be more effective.. duuhhh...