Sunday, April 19, 2009

Adakah bertudung = baik ?

INPUT - PROSES - OUTPUT

AQIDAH - IBADAH - AKHLAK

IMAN - HUKUM HAKAM - BAIK ATAU TAK BAIK

Kalau kita sebut dia itu baik dengan alasan dia pakai tudung, ini bermakna kita menganggap bahawa pakai tudung itu output. In other word, kalau pakai tudung, tercapailah maksud beragama dalam dirinya. Betulkah begitu? Sedangkan bagai yang dimomok-momok orang, ramai yang bertudung tapi bergelumang dengan maksiat.

Justeru harus dibetulkan balik…

Pakai tudung bukan output.

Pakai tudung ialah proses.

Proses untuk jadikan orang baik.

Dia baik dengan alasan dia pakai tudung… SALAH

Kalau dia nak baik, dia kena pakai tudung … BETUL

Sebab tudung ialah PROSES untuk baikkan si pemakai.

Tapi…

Macam mana pulak kalau ada orang yang pakai tudung tapi tak jadi baik? Jawabnya, mungkin ada yang tidak betul pada input dan prosesnya.

Pakai tudung dengan asas input ia peraturan sekolah, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input ia nampak lebih berkesan untuk fashionable, bukan sebab iman.

Pakai tudung dengan asas input, takut orang mengata balik umrah dan haji masih tak bertudung..

Maka salah input.

Pakai tudung dengan niat yang betul, tapi pakai tudung yang menarik perhatian orang, harga entah berapa ratus ringgit, pakai dengan penuh gaya tetapi masih nampak tengkuk etc…

Maka salah proses…

Ada pun, orang yang baik tanpa memakai tudung, dia baik pada hablun minannaas. tapi dia tidak endah kepada apa pandangan Allah kepadanya. Apakah Allah Tuhan yang tidak berdisiplin? Suruh manusia pakai tudung, tapi tak apa, kalau tak pakai pun tak apa… err, Subhanallah… Maha Suci Allah dari disifatkan sedemikian rupa.

Wallahu A’lam


P/S: this is one of ustaz hasrizal's comments on his article "Tudung Lawan Tali Leher" http://saifulislam.com/?p=5348

& Thanks to syikin for sharing the good darn info

6 comments:

sol said...

ira,
bagus komen ni. harap dpt ubah mentaliti orang psl org bertudung. plg nyampah bila org ckp- alaa ramai je pakai tudung tapi bla3 baik dia bukak tudung..

ntah apo2.. at least dia pakai tudung. oklaa tu makanya dia dah ikut perintah Allah.

cuma tu laa ramai muslimah skrg bertudung tapi masih tidak menutup aurat sebagaimana syara' huhuhu..

wallahu a'lam

InaAchik said...

no komen... diri masih belum sempurna tp cuba sempurnakannya...
harap ader sinar keinsafan pd diri sendiri...

saljuhumairah said...

salam...
ad org nampak 1baik tapi banyak buruk..yang dinampak yang baik tu jer...yang lagi buruk tak nampak..

ad org nampak 1buruk tapi banyak baik..yang dinampak yang buruk tu jer..yang lagi baik tak nampak..

kesimpulan...kita nak jadi baik biar hanya untuk Pencipta sahaja....manusia tak nampak tak apa...

pakailah tudung kerna mencintai Pencipta kita....kalo kerna lain2...akan jadi masalah image kepada yang bertudung yang lainnya..

bila dah pakai tudung..jagalah adab2 org2 yang memakai tudung...dah pakai, jangan tanggalkan plak....kalo taknak pakai tudung cuba jangan pakai yang lain... sifulislam best...

ps:sekadar pandangan untuk diri sendiri......tapi diri sendiri tetap teruk...

Fazira Aziz said...

Saya juga masih belum sempurna dalam hal ini. masih di dalam proses & memang setuju orang yang tak pakai tudung tak semestinya tak baik & yang pakai tudung tak semestinya baik.

Yang penting adalah input perlu kukuh dan pendirian diri perlu tegap barulah proses berjalan dengan lancar & akan terasa nikmat outputnya.

me said...

~mg g k.ira ni da lm x bc entry terbaru dlm blog die ni~~~~~~

Anonymous said...

wah ira ada blog! kite nak link blog awk kt blog kite. bole?