Wednesday, October 20, 2010

My sacrifice

Masa cuti jadi full hse wife mmg melelahkan.. But bila dah masuk keje, lagilah bertambah lelah.. tapi overall best & seronok. Bila Mr. Mama jaga Hadif, umminye kena masak tiap2 mlm utk lauk lunch Mr. Mama esoknye. Kalau tak, kesian Mr. Mama nak mkn. Aku penah tak sempat nak mkn, mkn ala kadar aje ms jage hadif. So aku paham & takan la nak biarkan laki kelaparan.. Huhu siann.. sebab tu strategi msk sgt penting skang. Mr. Mama just panaskan lauk je. Strategi yg sgt menjimatkan tau.


 

Masa Mr. Mama jaga hadif, aku akan naik motor. Provided tak hujan la.. Sebabnye sape nak hantar, amek pi keje kalau Hadif tido? Sian plak nak kejutkan dia.. Takpe, hal ni tak kan berpanjangan, bile Hadif dah besar i think semua ok. Lagipun parking kat opis skang susah.. kedekut parking. Tambah jalan kat putrajaya ni pagi2 pun dah sesak. Naik motor vroommmm aje.


 


Mr. vroom vroom


 

p/s: Pengorbanan ibu tak kan ayong lupekan. Now i'm following your steps, i know i can do it. U inspired me :D

Tuesday, October 19, 2010

Twinkle twinkle little star


Hari ni 1st day masuk opis lepas confinement holiday.. takde la uat keje sgt just clear inbox emel, surat2 & tgk2 planning balik. ade 2 bulan je nak kejar SKT, kalau tak sure aku kena zaasss ngan BOS BESAR. Bos kecik baik... hehehe

Aktiviti mengepam tak ketinggalan.. perah 2 kali je & balik ni terus lari2 kat Hadif soh dia susu. Muahaha rindunye dia.. Nampaknye dia sangat behave dengan abah. Amboii geng ek? Husband kate dia minum susu sket2. Tak tau la brape oz dia minum. Tak tau nak bajet brape. Ikut pembacaan, nak tau brape oz baby kena minum during the day is:

Weight (in lbs) x 2.5 (or 3.0) / 8 [for 3 hrs feeding]

Menurut perkiraan di atas Hadif kena minum 3.5 - 4 oz. Tapi ade jugak baby yg reverse cycle. Mean dia minum sket je ms ibu dia kje & akan 'balas dendam' bile ibu dia balik.. baby mcm tu prefer direct feeding. But as long dia gain weight tak de ape yang nak dirisau kan.

ok. layan pix Hadif ye.. suke tgk dia gengam toys tu.. oohh itu la twinkle little star Hadif.. sedap sebab leh masuk mulut, nyonyot-nyoyot..


Thursday, October 7, 2010

FM oh FM

Hari ni citer pasal susu hadif plak. Masa newborn Hadif gune S26. Tak beli pun sebab hospital supply. Nampak mcm ok la. Then bile Hadif admitted sebab jaundice nurse tukar susu Similac LF (rasenye susu ni lactose free). Bila pakai S26, Hadif banyak berak, so ade tendency dia dehydrate bile letak bawah UV. Kat umah we continue Similac tu, tapi hadif plak sakit perut susah nak berak. So gune balik S26.


It goes well sampai dah habis pantang tetibe Hadif takmo susu S26 tu. Bila sumbat je dia merungut marah2. Kesian plak kat dia. Then carik kat alamanda susu ape yang sesuai. Ingatkan nak beli anmum infancare, tapi takde tin kecik plak. Last2 decide beli soya Mamex Gold. Alhamdulillah, Hadif boleh accept susu tu tapi slalu tak habis. Pastu menggatal nak tukar susu Enfalac A+ untuk Hadif. Ramai kate bagus susu tu. harge pun leh tahan kan.. hehe. Tapi Hadif dia mengamuk2 plak tak mo susu tu. Pastu muke dia naik ruam2 merah.. Aku suspect Hadif ni allergic. Confirm! Padanla masa newborn muke dia naik ruam. Teruk gak. Pas sapu cream dah kurang. Tapi pipi dia tak licin. Masa susu soya tu, muke dia jadik licin je. Memang sah la dia allergic susu lembu ni.

Ingatkan Hadif Lactose intolerant. Tapi doc kate maybe Hadif mengalami Cow's Milk Protein Allergy.

What is Cow's Milk Protein Allergy?

Regular milk is made up of protein, carbohydrates or sugar, fat, vitamins and minerals, and water. It's the milk protein that causes the allergic reaction in cow's milk allergy. Cow's milk protein allergy can develop in both breastfed and formula-fed children. However, breastfed children are usually less likely to develop food allergies of any sort. Occasionally, though, breastfed children develop cow's milk allergy when they react to the slight amount of cow's milk protein that's passed along from their mother's diet into her breastmilk. In other cases, certain babies can become sensitized to the cow's milk protein in their mothers' breastmilk, but don't actually have an allergic reaction until they're later introduced to cow's milk themselves.

Source

Dr. bagi banyak option susu utk budak yang allergic mcm ni. He suggest Nursoy sebab ikut pengalaman dia susu soya ni memang tak sedap. Memang pun tak sedap, dah la bau soya kuat. Nursoy @ Wyeth ni kire sedap la. Bila aku rase, haah much2 more better dari Mamex Gold Soya. Ade manis2nye.


p/s: Hadif.. pls minum susu ni ye. Incase emergency susu perah ummi tak cukup ke, ade back up. Sedih stok SIP tak banyak. Next week nak naik keje dah. Hmmmm

Wednesday, October 6, 2010

Tok Hadif

Update lagiii... update from Cheras umah MIL. Minggu ni Hadif & ummi dok umah Tok. Konon2 nak biasekan Hadif kat sini. Lagipun abah Hadif keje. Pasni hadif 2 minggu Tok dia jage lagi 2 minggu abah dia jage plak. Awal plan nak hantar pengasuh, tapi bila survey kat area umah tu mostly jage ramai budak.. 5 orang, 3 orang. Rase x favor plak. Lagipun I have better option hantar kat MIL yang mmg biase jage baby. Cume utk setahun ni kena berkorban ulang alik Cheras - Putrajaya for 2 weeks. InsyaAllah takde masalah rasenye. Yang penting hati senang, darah daging sendiri jage.

Actually aku tambah cuti lagi 1 bulan. Sebab saje. hehe.. Sebab nak tengok Hadif membesar la. Dulu plan nak amek cuti sampai ujung tahun, tapi rase tak mampu la plak.(pss.. kak ida jangan risau ye. hujung bulan ni ira masuk keje, tq tolong ira). Another 1 wk ++ je cuti tinggal. Ala.. tak bestnye. sure i miss my routine with my lil cute Hadif.

p/s: Walaupun kecil tapi terase meriah :)

Tuesday, October 5, 2010

Alahai Hadif

Alahai Hadif... susahnya dia nak tido. Memang dari pantang dia sgt payah nak tido siang.. ms tu dekat sebulan. Nak plak dia senang terkejut. Bile bedung tak mo. Uwan dia plak dok psycho ummi tidokan dalam buaian.ummi dia mmg la tak nak. Konon2nya dah set NO BUAIAN utk baby..

Skang ni ummi terpaksa la mengalah dengan gadget2 ni. Bukan takat buaian, pacifier pun dia dah merasa. Asalkan Hadif aman, gembira, ummi pun tenang. Kesian tengok Hadif tak ckup tido. Asik nak mengamuk aje. Haru-biru hidup ummi. Yang lagi best skang ni dia nak berenjut aje.. Dah pandai ye.. Kalo tak mule la bising soh enjut.

Teringat kate ekin, benda2 mcm ni slowly la kita tarik dari baby kita. Mean jangan biase kan sgt. So hadif malam2 tido ngan ummi & abah. Ade mase tido tiarap, ade mase nak tido mengiring. Ikut mood dia la.. Macam2 karenah anak ummi skang ni. Makin besar makin bijak.. cayang Hadif

p/s: aku mcm kena cursed dengan uwan Hadif. Hahahaha

Monday, October 4, 2010

BF :)

Dah 2months ++ pun Hadif kesayangan ummi. Selama tu jugak la ummi sgt2 struggle breastfeed budak kecik ni. Dulu masak mengandung, niat "murni" utk eksklusif bf hadif tak disertai dengan ilmu yang cukup. Ingatkan susu badan tu terus melimpah ruah byk pas deliver.. tapi sebaliknya. Susu badan tak kuar pun.. until hari ke 4 baru ade. itupun pas urut.. nak plak nipple belah kiri mcm inverted (mujur bukan). So, kesian baru2 lahir terpaksa sumbat dengan formula.. huhu.. aku rase sungguh FAIL..

Hari ke 3 Hadif kena masuk hospital sebab jaundice. Lagi la sedih tau.. orang2 tua pun mula la keluarkan banyak petua, susu kambing la.. air gula batu la.. hmmm bukan nak deny petua2 ni, tapi sebab hadif tak dapat lg kolustrum, of coz la aku terasa sedih yang amat. Alhamdulillah, pas berurut baru ade susu tu.

Memandangkan Hadif kat spital for 3 days, aku bhempas pulas mengepam.. mmg nampak cecair kuning emas tu.. bile siang pi spital bf hadif.. malam plak hantar susu kat hadif. nasib adik keje kat spital tu..

journey nak menyusu ni bukannya mudah.. siyes.. nak plak dalam family aku, ni baru 1st time expose handle baby 100% setelah sekian lame. so tak banyak tips & support yang aku dapat. Nak citer kat sini tak larat la plak.. yang penting bagi new coming mom out there, breastfeed secara eksklusif memerlukan ilmu, confidence & support.

  • Ilmu tu kena gain sebelum bersalin lagi. Dari kelas penyusuan dan pengalaman org2 yang berjaya bf.
  • Confidence sebab kite akan dengar mcm2 la petua, nasihat utk bagi baby makan la.. bagi formula la.. kite pun kena confidence kita mampu mengenyangkan baby kita.
  • Support agar usaha nak menyusukan baby eksklusif 6 bulan dan teruskan penyusuan selama 2 tahun berterusan.
Aku bukan la eksklusif pun.. ade masa terpaksa gak top up dengan formula sebab Hadif mengamuk. Tapi dia tak habis pun.. kadang2 susu tu byk buang dari masuk dalam pewot Hadif. Itu lagi satu sebab aku berusaha nak susukan hadif. Walaupun dia mengamuk, dia tarik2 nipple aku, marah2 sebab susu tak laju.. itulah favorite dia yang sangat2 menenangkan dia sampai terlena.. hehehe..