Monday, March 2, 2009

Cendol Leman Dawi lagi (Update)


Nyumy saya suke cendol pulut + kacang

Alhamdulillah semenjak masuk Majalah 3 ni biz cendol ayah makin maju & semakin ramai yang datang. Aku pun turut menolong sebab tau depa sefamily tak menang tangan dengan pelanggan yang ramai. Leh kurangkan kesesakan yang pejabat pos sendiri pun kalah. Ngeee tak pernah sepanjang ayah meniaga ni customer kena beratur panjang. Kami cube mempertangkaskan kecekapan mengisi cendol & sebenarnya kesian kat customer. Yelah ada yang datang dari jauh sebab nak merasa cendol Leman Dawi ni.

Ape pun aku bagi pihak Leman Dawi nak mohon maaf kalo ada yang tiba di kedai tapi dah habis cendolnye. Memang cepat bebeno skang habis. Bukak 10.30 pagi dalam pukul 2.30 ptg dah out. Sebenarnya Leman Dawi dah pun menambah production esp dihujung minggu. Mungkin kena datang awal la pada sapa yang dari jauh tu. Tapi aku tau ada gak yang tak percaya cendol habis awal. Hmm... ni la pixs yang aku amek 1 March 09 lepas.


Ramai kan?


Tak dapat amek pix benayak sebab menunaikan tanggungjawab
pada mangkuk yang dah melambak kena basuh ;p

Masih ramai yang tak tau lagi location Cendol Leman Dawi ni. I hope my post help to those out there yang masih mencari kedai ayah ni.

Location :
Exit Tol Senawang & belok kanan selepas jumpe 2 bijik traffic light.

Jalan menghala ke Tampin.
~ 5 minit dari Tol Senawang.
Landmark selepas Taman Tuannku Jaafar & Petronas Gas Sg. Gadut
.

Waktu perniagaan:

Biasa hari Jumaat kedai tutup.

buka dari 10.30 am hingga cendol habis.


No. untuk dihubungi:
o17-6992995
Leman Dawi

(kalo tak dapat reach leh tinggalkan sms)

Tips:

Sila datang awal untuk memastikan anda dapat cendol pilihan.

Pilihan antara Kacang, pulut, jagung atau yang cendol kosong pun ada.


Air barli pun percuma. Bungkus pun boleh :)


Ayah


Percume aje..


Tengah mengeluarkan pantun & manifiesto berapi hehe


Really cheap, sedap & tambah percumo ajo


The Unique Man

5 comments:

KNizam said...

memang cool lah. hehe
sedap cendol kat situ

http://knizam.com/jom-serbu-cendol-paling-famous-masuk-majalah-3-tv3-cendol-leman-dawi-di-seremban-exit-senawang/#comments

Fazira Aziz said...

hai nizam, me suke cendol pulut. memang konyang den

Momma Qiestina said...

iraaaaaaaaaaaaaaaaaa...

yat mengidam cendol ni :(
ariti beli kat paso malam tak sedap ponnnn...

la ayah ira upernya yg ngetop tuuu..

nak cendol..
nak cendol..

Fazira Aziz said...

yat..nanti ira bungkuskan cendol yer.tak pun meh la datang somban weekend2.kalo ira free ira tlg sana.nanti ira cakap kat pakcik leman kasi yat habiskan 1 piuk (cepat sket habis) hahaha... :p

nizza-abira said...

Salam Kenal...
B4 masuk M3 sy & suami ada singgah Gerai Cendol Leman Dawi ni masa nak pi kolam air panas pedas. Ada entrynya kat myblog. Memang sedap cendol tu & murah sgt. Tak sangka awk ada pertalian darah dgn pak leman.

**sy link awk ye... :)