Monday, December 28, 2009

Si comei buah hati kami dah tiba :)


Syukur alhamdulillah selepas menanti hampir 2 tahun, akhirnya berita gembira muncul sebelum 2009 melabuhkan tirainya.. Skema plak ayatku... hehehe. Maknanya akan tercapai lah hasrat dan azam untuk cuti bersalin cume tahunnya lain la. Kalau ada rezeki insyaAllah sebelum puasa 2010, status akan bertukar > Jadi Ummi plak. Ummi dan Abah :)

Syukur tak terhingga, yelah, dalam sebuah perkahwinan, kehadiran cahaya mata adalah satu rahmat & anugerah yang paling berharga. Sapa yang tak nak anak kan? Lebih-lebih lagi seorang wanita pasti nak rase perasaan mengandung tu.

Selama 2 tahun, macam-macam ikhtiar dan usaha dah kami cube. Macam-macam onar jugak kami dengar, tapi pekakkan telinga. Geram bila orang soalkan "Bilo laei? Jangan lamo-lamo. Nanti ko dah tuo susah yang tak de orang jago." Huhu sedey tapi semua tu rezeki yang Allah nak tetapkan, jadi bersabar aje lah dan terus berdoa.

Thanks so much kepada family dan kawan-kawan yang memahami dan selalu mendoakan saya. Masa birthday Okt yang lepas, ramai sgt wish cepat2 dapat baby. Syukur, sebulan lepas tu doa-doa itu termakbul. Alhamdulillah..

Kepada rakan-rakan yang masih menanti si comei dalam hidup, banyakkan bersabar dan berusaha yer. Jangan putus asa sebab si comei itu adalah d best of d best in ourselves. So usahanya pun mestilah yang terbaik kan? Kawan-kawan yang dah ada suri hati dalam rumah tangga mereka, semoga kalian bahagia & dapat membesarkan mereka dengan corak yang berwarna-warni.

InsyaAllah, blog ni akan bertukar jadi blog motherhood plak la pasnie. Rase nak share ngan kawan-kawan ape ikhtiar untuk dapatkan baby nie. Tapi ada sape-sape nak tau ke? :p


Tuesday, December 8, 2009

Kisah sang suami & doktor

Sang suami pergi menemui si doktor kerana ayik bersin tak berenti sejak semalam. Bila si doktor mengukur suhu sang suami;

Doktor : " Awak demam.."
Suami : " Hah? Saya demam?"
Doktor : "Ye, awak demam..."
Suami : "Ohhh... saya demam.."

Si doktor memandang muke pesakitnye itu dengan pelik. Hehehehe

p/s: Suami demam, saya sibuk menambah berat bdn.

p/p/s : I love u ayang. Get well soon ya..


Monday, November 30, 2009

My fav 2009 muvie review

On my birthday i watched this romantic movie. Accompanied by frens of mine. Azie & Ija. Bit slow movie but it makes u wants to figure out what happened to the whole story plot as Eric Bana travels thru time. Kejap mude, kejap tue. Hehe mmg funny tau. Asal dia loose control nak menghilangkan diri, end up appeared a place of nowhere dengan berbugil.. Pastu sibuk curik baju la kan? Ade yang nanes nengok citer ni. But i don't. Overall puas hati la. Verdict: 3.5/5 stars.


Secondly, the Pisau Cukur. Watched it alone masa nak pi FF. Hahahaha memang PANAS!! Owh cantiknye mereka berdua. Flawless skin, natural berlakon gedix. Maya berlakon dengan humble skali. Humble mencari chenta sejati lelaki kaya. Sejati ke? Hehehe. Fazura plak mmg double thumbs up!! Suke giler dia bawak watak ni. Paling best part Aron Aziz cakap dekat2 ngan dia. Aku pun cair weihhh... Verdict:4/5 stars

Yang ni baru je nengok ahad lepas. Missed 30mins early show sebab jalan jem maaa... Tapi ade alasan la nak nengok skali lagi. Nape la Edward banyak muncul dalam bayangan aje? Bella plak degil. Tapi kalo dia tak degil, sure Edward terkorban. Cerita makin hot! Edward proposed Bella. Next movie of coz la Bella terima kan? Bella kan nak sangat jadik vampire tuh. Cume disebabkan perjanjian vampire ngan werewolf akan ada masalah. Neway buku twilight aku tak sempat nak katamkan lagi. Isk isk isk. Verdict: 4.5/5 stars.


Movie yang terhebat bagi aku tahun 2009 ni :)

Tuesday, November 24, 2009

Fitness First & USANA

Hari tu nak citer pasal my Fitness programme kan? Awal bulan Nov 09 ni, officially i have joined Fitness First. Ingat tak entry lepas nie, ye ye nak kuwuskan badan, nak work out la, end up pas raye balik keje tak buat ape pun. Which is so merugikan waktu, sitting without doing nothing. Sempat plak tido waktu Asar tu. Ish ish tak patutnye.

Thanks to Azie & Ija yang temankan ke IOI Mall Puchong. Well, disebabkan itu yang terdekat, money & energy wise, FF la pilihan I. Ada satu lagi choice, True Fitness (paling dekat kat Taipan USJ) tapi jauh & had to pay more toll. Pakej yang I amek 3 bulan aje. We'll see how it goes kalo ok, i just continue.

Muke gembira pas makan McD. Ptg tu terus pi FF

Freebies from FF. Beg, headphone, small towel & a bottle

FF IOI Mall Puchong

Now after almost 1 month being a member there, i bet mmg FF best. Ada banyak equipment & classes too. from yoga to dancing, body combat to RPM, it's so much to try. Hari2 mau datang. lagipun I amek passport which is I can access any FF club in Malaysia & world wide also. Kelassss gitu.. also dapat ramai kawan & nengok byk gelagat manusia..

In order to expedite my goals (I really have to achieve 'that' challenge) I officially an USANA member now. Hahahaha brape byk aku jadi member la ni. Harap2 bukan hangat2 taik ayam sudah la. Yelah, I pikir, penat2 work out pastu makan tak jaga tak gune gak kan? Bila la mau kembali ke bentuk asal?

Actually, pas kita bersenam, peluh giler2 rase guilty nak makan byk tau atau nak makan yang unhealthy. Cume bila tak dpt nak pi gym sebab bz, bla..bla.. masa tu la TERambil makanan yg cube dipantang. Owhhhh tidakk!!

Ok, ni pasal USANA. It has many range of product tapi untuk menjaga body this is suitable & EFFECTIVE too.

Info produk:


Dutch Chocolate & French Vanilla
(Choco is best!!)

Nutrimeal

  • A quality source of protein, carbohydrates, dietary fibre, and many micronutrients in two delicious flavours.
  • Provides low glycemic complex carbohydrates and 8 grams of dietary fibre per serving.

NUTRIMEAL is a balanced meal replacement drink and a quality source of protein, carbohydrates, dietary fibre, and many micronutrients.

THE BENEFITS OF SOY AND WHEY PROTEIN Each serving of Dutch Chocolate provides 15 grams of soy, whey, and other proteins. French Vanilla NUTRIMEAL provides 15 grams of soy protein. Soy protein is a complete protein, containing all of the essential amino acids in optimal ratios and in a highly digestible form. Whey protein, which is also easily digestible, is an excellent source of amino acids essential for building a healthy body.

LOW GLYCEMIC CARBOHYDRATE AND FIBRE NUTRIMEAL has low-glycemic index of 23, to help reduce carbohydrate cravings and deliver sustained energy throughout the day. Each serving also contains 8 grams of high quality dietary fibre.


Fibergy™


Almond Crème & Peach Mango

  • FIBERGY™ is an advanced fibre drink mix providing 14 sources of dietary fibre
  • FIBERGY™ contains 12 grams of soluble and insoluble fibre in each serving--more than twice the amount of other fibre products
  • FIBERGY™ is a good source of potassium.

FIBRE IN THE DIET
FIBERGY™ is the easy and delicious way to get your daily requirement of healthy fiber. The FIBERGY drink has a 2:1 ratio of soluble to insoluble fiber, which is ideal for health. FIBERGY™ is an excellent source of dietary fibre.

FIBERGY™ DRINK MIX
With a smooth texture and great taste, FIBERGY is something you will look forward to every day. The high fibre content also will leave you satisfied, so you won't be looking for a snack an hour later.

A serving of FIBERGY contains 12 grams of fibre from 14 different sources. Consuming multiple sources of dietary fibre can be beneficial because different types of fibre (oat bran, citrus pectin, etc.) provide specific benefits and act in different ways in the body. FIBERGY is available in two delicious flavours: Almond Crème and Peach Mango.

LOW-GLYCEMIC FORMULA
Avoid the frequent cravings and health risks associated with a high-glycemic diet. FIBERGY is low glycemic, providing sustained energy and greater satiety throughout the day.

USING FIBERGY™
Add two scoops of FIBERGY to 220 mL of cold water. Blend or shake. You may also mix with juice, skim milk, or soy milk.

OK, to those yang berminat nak menurunkan berat badan, the key point is keep moving & watch out your food intake (the Quantity & Quality). This is not the way to keep slim saje. Tapi to keep a healthy life style. InsyaAllah it will lead u to a quality life inner & outer.

p/s: Nutrimeal mmg Yummy giler!! And thanks to my up upline.. Leeds

Friday, November 20, 2009

Oktober

Saya senang merajuk. Tapi rajuk saya tak lame. Cepat balik cool bila saya pikir at the bright side. Saya sensitif orgnye . Kalo dengan kawan2 rapat atau org2 yang tersayang, saya lagi la kuat sentap. Kadang2 something tu pun tak penting sgt, tapi bila dapat appreciation oleh org sekeliling rase best sgt. Rase sangat dihargai & di'cared'. Ni karekter orang lahir bulan 10 oleh Dr. Fadzilah Kamsah.

OKTOBER
* Suka berbual - kalo tak borak boleh naik giler. Tak kisah la borak merepek pun
* Suka orang yang sayang padanya - Obviously. Life is short. Full it with lots of love
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura - betul!! sebab tu saya tulis entry ni. Sdg merajuk
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan - Kebaikan tapi tak suke dipergunakan.
* Sentiasa berkawan - kawan sgt penting dlm hidup saya. tapi jrg2 dpt kwn sehati sejiwa
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama - dah cakap kan
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri - mmg pun. Look at the different side.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut - mmg clumsy sket hahaha cepat gabra if 1st time
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut - suke kucheng
* Romantik dalam percintaan - so true tapi tak mo la over jiwang
* Mudah terusik hati & cemburu - same je mcm kat atas
* Ambil berat tentang orang lain - haah,i kan sensitif. tp kdg2 tak larat gak nak pk hal org lain.
* Suka kegiatan luar - sgt suke. i like adventure
* orang yang adil - trying tp kdg2 susah gak
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
* Mudah patah semangat

Boleh dikatakan memang betula la kajian tu. Sangat mengena dengan saya. Hmmm masih lagi merajuk. Tapi dah sejuk sikit. Cume kalo tak diperbaiki mane yang perlu rasenye tiap2 bulan la saya merajuk.

Sunday, November 8, 2009

Aku suke kena urut..

There were so much to update tapi limited sebab I have a new routine now. Since last week been there after office hour atau masa terluang.. Got new place to lepak then. At least masa tak terbuang begitu shj. Ngadap FB, blog and the worst is kat opis dah 8-9 hrs ngadap PC, kat umah sambung lagi.. Can u imagine how stress my eyes, shoulder, organ-organ yang lain? Ish ish...

My new routines are a) mengurut dan b) fitness prog.. Mengurut tu bagus sebab it make your muscle lean, mane yang keras, berangin tu kasik clear. 1st time kena urut lame about 1.5 jam. Sebab Kak Bibah kate badan aku keras.. Banyak darah tak lancar, muscle cramp, bla, bla...Takpe la kak, mmg sy ni stress kat opis.. Ngadap PC aje.. huhuhu... Yang paling bestnye esoknye bangun pagi badan sgt fresh!! I feel so healthy & tak sakit2 pun.. Kepada sesiapa yang nak mengurut, I sajes Kak Bibah ni. Dia pandai urut ape saje.. hehe u named it (tapi urut batin utk lelaki tak la). Kakak ni banyak amek kursus, including kursus yang dianjurkan oleh CEPP, UTM Skudai. She can be access in Port Dickson. Tapi kalo ado permintaan leh je request ye..Harga pun sgt berpatutan. kalau la dia kat Putrajaya ni, hari2 aku pi mengurut.. Neway, kalo korang bercuti-cuti kat PD pun leh je kol dia. Nanti dia dtg la hotel. Price runding la ngan dia...
Ni contact no. dia yer.

Pn. Habibah Mohd Ali
(Therapist, Herbalist)
2173, Taman Sri Bandar, 7100 PD
HP : 012-3581 148/019-684 7939


Saje kasik promote sebab aku rase dia bagus & dah janji nak tolong dia.. hehehe. As i mentioned, ape-ape urut yer.. bagi yang nak anak, berpantang, refleksologi, resdung, bekam, sona, facial sume ade.. Cube la ye kawan2..

Pasal aktiviti no. 2 saya tu... nak citer panjang lebar, tapi... nak tido la.. nantuk. Ape kate next time yer... huargghhh

p/s: Bos kate aku asik cuti.. yeke? alamak baru teringat, entry Sarawak aku tak post lagi.. ni dah ni pi cuti lagi minggu nie.. takpe, nanti akan di post juga.. dari sana... dimana? tungguuuuu

Monday, November 2, 2009

"If you can't be good at all, be good to others"

Personally, how u feel when someone buat muke ketat to you? Ada masanya kita akan cakap "Ada aku kesah??!!" bila orang muke ketat tu someone that kita tak chare sgt.. tapi ada masanya timbul plak pertanyaan "Ape salah aku ek?". Ontahla, that's why orang kata jangan baik sgt nanti selisih paham susah.. Ada orang gado2 pastu bertambah mesra, tapi aku ni kalo gado rase liat nak baik balik. Baik pun ala kadar aje.. Huh, depends la.. tapi tak baik masam2 muke ni kan?

Aku tetap pegang to prinsip ni "If you can't be good at all, be good to others". I mean, hey, we cannot pleased everybody. Kalau aku ada buat salah, sorry duhh. Bukanlah manusia namenye kalo tak buat salah. Takpelah, aku terima orang lain pun ada masalah. Takpelah ko nak buat muke ketat. Next aku wat muke ketat jangan la terasa hati pulak.. :)

Baik aku layan MC nie... yeah yeah always be my baby ooooo yeah yeahh..


Saturday, October 31, 2009

Cuci diri & TTC

Tak tahu lah nak kate ape kat diri sendiri lagi. Rasenye dah cube sebaik mungkin. Seriously I've started to feel the pressure, even more pressure. Dulu dah ok, tapi since hasrat tu diluahkan rase sedikit tergugat. Tapi hidup perlu diteruskan, walaupun masih samar-samar harapan tu. Misi aku perlu dicapai sebab itulah caranya aku nak release. Sekarang lebih senang menyendiri, memikirkan ape yang terbaik. It is true "Senyap itu pengubat jiwa". Jiwa aku yang lame sangat memberontak, tak tentu dan tak nampak direction. Masa untuk cuci jiwa & pikiran gak yang dah berkarat ni. Kena wat electrolisis nampaknye...

Friends, something just happen to me. But not to worry, I need my ample time to figure out how to overcome my fear, my kelemahan. I always and wanted to believe that Allah Maha Adil dan Mengetahui.

Friday, October 30, 2009

The worst acne

Dah lama nak share about this.. It is one of the significant change in my life. It just happen after i'm engaged with my husband now. Hahahaha what a disastrous 1 year journey. Tapi alhamdulillah, manage to get back to normal and happy. Harap-harap tak de lagi experience mcm ni lagi :)

p/s : Beralih la kepada Tia Amelia

Thursday, October 29, 2009

I am 27 young lady ;)

29 OKTOBER 2009 - KHAMIS

Alhamdulillah hari ni hari menyambut kelahiran aku yang ke 27. Yang ke2 sebagai wifey dan selama tulah husband keje, tak dapat celebrate same2. Tak mengapa, paham, dia pi keje kan, bukannye meronggeng.. hehehe. Nanti nak beli hadiah besda
y untuk wife dia gak kan? Haruslah dia keje rajin-rajin kan?

Kali ni ada suprise lagi!! Yeay!! Pandai dah dia buat kezutan. Dulu masa kami couple tak sempat pun nak suprise bagai. Jauh satu hal, tak banyak duit sebab masih study,keje. Simple2 aje.

Macam mane ek nak wat kejutan masa kat tengah laut nun? Hehehe ape lagi, gunakan khidmat orang tengah la.. My cute sis kat opis tu la dia mintak tolong. Siti Farhah atau lebih dikenali sebagai Fara Tak Empuk (jangan mare ye). hehehe fara ni juge adalah junior husband masa kat sekolah dulu. So dah memang kenal, same skolah, same flat.

Husband mintak no phone si fara last weekend. Dah agak dah. Musti nak wat something ni. Tapi tak pelah, in other hand i think it's good for him to have fara's no kalo ada ape2 ER. Maklum je la.. kat umah ni, asyik2 sebut name fara, gambo pun belambak ngan fara.

It so happen last night i was FBing, ternampak status ni...

Haaaa... ni musti ada apo2 ni. it must husband dah plan something ngan fara. Tapi tak tau apenye hmmm.. Pagi tadi pun datang opis tengok takde ape pun. Masa bekpes pun biase je.. Takpelah, takde kot..

Tetiba masa tengaj ready nak wat keje, dengar la si fara ni chot chet hehehe... rupe-rupenye dia menunggu kak ida utk buat suprise tu.. u want to know the suprise it?
:::




:::




:::


It is a lovely cake..

Owh memang sangat terharu ape yang husband plan utk wifey dia ni. So do to fara who make his plan and my bday happening... THANK YOU AYANG!! THANK YOU SO MUCH FARA!!

Haaa... inilah dia Fara yang cantik, comei..
Si birthday planner yang berjaya.. Again, thank u so much

And this is Kak ida. Co bday planner..
Thank u sis

The bday girl... ada nampak umur 27 tahun tak?

Last nite ibu, ayah, angah, apit, amel datang ke Putrajaya. It's pre-celebration of my bday. Ingat nak makan kat luar. End up ibu ayah penat so we all beli makanan kat Alamanda and makan kat umah. So happy because family besides me.. tak banyak pics sebab masing-masing lapo.. takpe nanti update gambo.. Tapi ni la gambo kek smalam.




Sunday, October 11, 2009

Significant change

To whom whose married, did u spot any changes? Hahaha what a silly question dowh.. mestilah ada perubahan kan? Obviously my husband turned out from a sleepy, thin, smudgy boy (owh sorry DH hehe) to a handsome, most sweetest, tough man. For those knowing him since single, there were significant changes.

oooo nakal yep... kuwus aje dia


masa ni husband rambut panjang ala-ala anuar zain..
cute tapi serabut kepala dia sebab rambut tebal = sakit pale


ni masa tunang.. bajet control ensem sebab nak jumpe bakal family baru
oo ye baju tu ada kes.. mmg betul org kata, bertunang ni byk dugaan besau


ahaaa ni pix lepas kawen. masa ni kat bagan datoh
see.. perubahan dia.. makin segar bugar..
yeah ayang!! keep up d tembamness..


saje tempel gambo tunang... tapi edited..

p/s : i have a very abruptly significant changes. Will be continued in next post. I'v been missing him so much )):

Saturday, October 3, 2009

Eid Mubarak 2009

Sungguh lama tak update kisah. Dah pun 14 syawal kita lalui. Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah Aidilfitri kali nie raya ke 2 menyambutnya sebagai suami isteri. Juga kali ke-2 husband dapat beraya bersama.

Persediaan raya tahun ni sederhana aje, compared to last year. Beraya bersama keluarga mertua di KL banyak pengalaman baru. Pengalaman yang sangat berbeza dengan family belah ibu. Sehari sebelum syawal sibuk di dapur. Aku orang kanan dapor sebab dapor & aku tak leh dipisahkan. Hehehe. Tapi kali ni sempat sibuk di SOGO & Jalan TAR. Malam raya solat berjemaah dengan suami & dia bertakbir. Ya-Allah rasa sayu sangat hati teringat kat family kat kg. Suami kata kali pertama, mestilah rase sedih.

Pagi raya it went smooth. Cume husband kata dia tak sempat nak berdrama swasta dengan mak. hehehe. Kitorang leh sampai lupe nak salam sesama sendiri. Haha. Oklah enjoy the gambar ok.




p/s : KL-Rembau-PD-KL
p/p/s : Sila jangan muntah nengok muke gediks tu

Friday, September 25, 2009

Glamer Raya


Bukan main ko lagi ye Izwan masuk tv tak ajak kak long... hehehehe.

Saturday, September 19, 2009

Happy Eid Mubarak

Salah & silap tutur bicara harap diampunkan....
Semoga menjalani Aidilftri dengan penuh kegembiraan & keberkatan...
Moga-moga Aidilfitri ini juga membuka sebuah lembaran baru buat kita...
Amin...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Happy Eid Mubarak
Maaf Zahir dan Batin

Dari Hafiz & Ira

Untuk :
Seluruh kaum keluarga
Rakan-rakan
Sahabat bloggers
Sesiapa yang membaca

p/s : Live from MIL's home sweet home... I jadik orang KL tahun ni :)

Tuesday, September 15, 2009

Deco + Iftar



Dalam sibuk-sibuk & penat bila dah jumpe ape yang berkenan di hati haruslah belikan? Memang lame dah niat nak beli ape-ape frame untuk ruang makan. Cume tak mo la gambo munge.. nak la berunsurkan dapo.. buah ke.. periuk ke... hehehe ada ke? So petang tadi masa beli brg dapo kat Mydin, ada sebuah kedai frame ni jual agk reasonable la.


2 frame = RM45



Cute isn't it the teapot? Owh saya sangat shuke... Sangat comei & ala-ala Jopun gitu. Erm nak inter frame munge tu. Ekceli munge2 tu dah lame ada, cume bg nafas baru dengan tambah lidi-lidi yang chumel tu. Harga secekak RM7.50 kat kedai pokok munge berhampiran Warta.

Sejak kebelakangan ni suke sangat la pi Warta tu. Kat situ ada kedai romantika yang jual brg-brg english style @ Vantage. Memang murah & cantik. Recommended to those penggemar Vantage.

Another story, sebab alang-alang dah terajin nak update terusla citer. Iftar bersama-sama geng baik husband sejak dari kecil lagi on 12 Sept 09. Iftar was held at Balai Seni Lukis Negara @ Gallery Cafe. The food verdict is very tasteful cume semua makanan kesejukan, aircond dia kuat la.. plus dia tak letak candle to heat up.. Tapi dah lapar-lapar mcm tu kan, telan aje la..

Gambar En. & Pn. Organizer

Pian [yg keseorangan], Papa & Mama to be

Mama & Papa to Syasya yang debab chomels

Another Papa & Mama to be
[just found out the news masa iftar tu. Congrates korang]

Ayu, Qaseh [in the stroller], Boy, Lin

Gambar makanan kami beramai-ramai. Ponuh semeja

Buffet style. Dewasa RM 28, kanak-kanak RM 20 [untuk 12-6 tahun]. Kena tempah dlu sebelum datang lagi untuk tahun depan. Ramai juga yang memilih untuk buke disini. Ada surau untuk jemaah Maghrib, Isyak & Terawikh. Really convinient. Pas lepak sampai kol 9pm destinasi seterusnya adalah Jalan TAR yang teramat penuh dengan manusia.. Tak sempat nak snap pic sebab dah tak larat sgt. Penat ngemas umah kan...

En. Mohd Hafiz bin Idris - En. Organizer

My choice of food. Tak byk sebab too much to taste

Dijah keje ye Pian.. sorang aje la ko.. Takpe la next time

Izak & Sara :)

Aminn...

Para - para isteri yang setia [eceh ;p]

Lin, ko tersorok sebab aku tinggi mcm model.. hahahaha

p/s : Last but not least, it's really enjoying gathering. Semoga ukhwah yang terjalin ini disemai dengan lebih rapat lagi. Aminn...

p/p/s : Marilah datang raya umah saya.

Sunday, September 13, 2009

Sibuk...

2 hari ni asyik mengemas aje. Sampai sakit pinggang & tidak la larat nak update blog panjang2. Minggu ni last puasa. Semakin bz mengemas & menyental umah. Tak ketinggalan sibuk nak cantikkan umah :)



Friday, September 11, 2009

PAVLOVA

Currently im blog-hoping on these 2 interesting blog. Both of them are Malaysian who live and work abroad. I found that they have very fantastic journey.

1st is Kak Min @ Lemon grass who is currently stay in Australia with his Aussie husband and two adorable girls. I just love the way she cook for her family & the mix culture in their life. She taught her children to fasting & at the same time she managed to balance western & eastern food as well. Yelah dia pun sure teringin nak makan masakan kg kan? Sometimes she had to cook many different dishes due to masing-masing nak ikut tekak sendiri. But suke tengok masakan-masakan kak min ni. Sangat menarik & membuatkan aku lapar. Hehehe visit her @ http://salam2benua.blogspot.com

2ndly is Manzlie yang sedang bekerja di Mekah di industri perhotelan. Just found out his website and masih sedang berusaha membacanya lagi. Visit him @ http://manzlie-makkah.blogspot.com

I wish i can live abroad also untuk sambung Master & PhD ataupun suatu masa nanti kalau husband ada rezeki keje kat luar negara definitely im following. It is my dream to experience other people culture & live life to the fullest.

Resepi kak min yang aku teringin nak rase & try. PAVLOVA. So yummy isn't it?



What is PAVLOVA? Kak min's review "When people ask me what does pavlova taste like, I really don't know how to describe it apart from that it's sweet (too sweet for some people!) with crispy and brittle outer layer with a very soft fluffy marshmallowy centre. It's basically meringue but in a bigger form and softer in the middle. And very low in fat for anyone who's conscious of their fat intake (but high in sugar!) so still not a healthy dessert especially after you've topped it with whipped cream. But the fresh fruits on top of the pavlova is definitely healthy"


Wednesday, September 9, 2009

Jangan lafazkan - Please don't say 'IT'

There are 2 main intention writing this entry. 1st, I am the fanatic fan of the Greatest KRU and secondly kisah yang terjadi which relates to the Jangan Lafazkan song. Layan dulu video clip.




Being grown with music since at very young age, saya pernah bercita-cita nak jadi a very famous singer. Hahaha. I bet my voice was so adorable [hahaha - sila jangan muntah. Tapi suara budak tecik mmg best sebab tak pecah lagi].

Been in twice audition/talent time in school & to be glad I won both challenge. The 1st time was the talent time during 4th grade which I sang "When You Tell Me That You Love Me" by Diana Ross. Masa tu ayah la peneman saya ke Oceanic Mall cari kaset untuk berlatih. Berlatih masa nak tido & I tell u what, among the contestant I sang adult song which it may mesmerize the judges to pick me as the winner [duhh perasan lagi leh kan?].

The 2nd was in Form 1, sang "Teratai Layu di Tasik Madu" by Gee. That time was the audition for selecting team of choir. Tapi cita-cita itu terpadam begitu sahaja sebab Uwan [Nenek] saya tak bagi jadi artis. Dia tak goma [suke]. Haha terus lupekan impian tu sebab saya adalah anak yang menurut kata [walaupun di dalam kedegilan].

So ape kena mengena ngan KRU? Tak de pun sebenarnya. KRU was hit with song Mengerti tapi masa tu, saya tak suke. AWAS was the song that made me felt so in love with them. Lepas tu mula la sibuk mengumpul segala majalah, kaset, biography, etc. Majalah tu kena sorok2. Ayah tak bagi beli majalah hiburan. Ada satu masa tu, ayah found out, habis semua keratan2 akhbar, majalah kena bakar. Sedih tau. Sob..Sob... Ayah pk KRU mcm typical artis kat Mesia ni. Tapi diorang lain..

From that moment, saya berazam nak berjaya mcm KRU. KRU is not only talented tapi they all are educated person. Their music is great & outstanding by that time. They were forward from other artist. Siang malam masa study memang lagu KRU la yang menjadi halwa telinga. Dan akhirnya saya berjaya membuktikan pada ayah, minat saya pada KRU bukanlah tin kosong semata-mata. I did very well in PMR & SPM :))

Masa tu madness about KRU was about everything. Semuanya yang saya buat sure akan relate dengan KRU. Hahaha so funny. All that was a very fantastic experience & journey because dah besar ni saya dah tak fanatic artist lagi. Hanya fanatic fan to my only husband. Hehehe.

************************************************************

Now about the story that relates to this song. Saya amat pelik mengapakah kebanyakkan lelaki sanggup melukakan hati orang yang disayangi. Cubaan untuk lari dari masalah dengan mencari kegembiraan yang bersifat sementara di luar bukanlah tindakan yang bijak. Memang diakui kaum lelaki kalau serabut yang amat, lari dari masalah seketika adalah jalan terbaik bagi mereka. Release tension. Tapi yang tak bestnye bila dah terjebak dengan satu lagi masalah lain, padahal masalah sedia ada pun tak settle lagi. Sorry to all guys out there. I know bukan semuanya mcm ni & to my husband too. Im writing this in general don't meant to any specific person ok? It just based on my hearing, observation and experience. To all husband there, if u have a really kind, obedient and loving wife please "Jangan Lafazkan".

Tuesday, September 8, 2009

Status update

Status update :

Ada banyak menda nak citer tapi tak de mood nak berblogging.

Tapi kan alhamdulillah serunding dah habis terjual.

Syukur rezeki ramadhan. Moga Allah murahkan lagi.

Pastu jual tudung [tolong2 kawan].


Ada banyak kaler.


Macam jual cat/kain langsir pun ada.


No. 28 tu chantek kan?

Pasni ni nak jual ape pulak yer? Benda-benda ni bermusim.

Hmmm thinking of passive income [instead nuffnang].

USANA perhaps? hehehe